Friday, 2 December 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum..

1 Disember. Filem Ombak Rindu kat wayang. Cerita ni diadaptasi dari sebuah novel karya Fauziah Ashari terbitan Alaf 21. Dulu novel ni tersangatlah popular+best zaman sekolah menengah, ingat lagi. Meleleh air mata tengok member-member semua baca novel ni. Tu yang aku pon sibuk gak nak baca. And aku pun? nak jugak banjir siot! haha..

Lepas baca novel tu, aku berharap satu hari nanti cerita ni akan di'moviekan' atau di 'dramakan'. Makanya, dengar plak cerita ni nak main. Aku excited gile lah nak tengok.

So, aku telah jatuh cinta gile dengan OST lagu filem ni. Itu yang berkobar-kobar nak pergi tengok. Ta nak lepas peluang. 




Urm, sinopsisnya lebih kurang macm ni. Cerita ni mengisahkan Izzah (Maya Karin) yang berasal dari kampung. Anak yatim, seorang yang baik hati, lemah lembut, dan agak perempuan melayu terakhir lah macam tu. Mail (Bronte Palare) kawan Izzah, dia ni jatuh cinta kat Izzah, tapi Izzah anggap dia as best friend je. And kekejaman terjadi apabila pakcik Izzah iaitu Taha pergi jual dia kat kelab malam di KL. Masa ni lah, Hariz (Aaron Aziz) first time jumpa dengan Izzah, dan akhirnya membeli Izzah dari tauke kelab malam tu sebab dia kesian kat Izzah tapi ego.

Izzah merayu pada Hariz untuk bernikah supaya dapat menghalalkan yang haram dan takkan menuntut apa-apa hak. Hariz bersetuju and diorang pun bernikah kat Thailand. Dalam masa yang sama, Mila Amylia (Lisa Surihani) pun balik dari oversea sebab dah tamat belajar, dan dah lama rancang untuk berkahwin dengan Hariz. Tapi, Hariz keberatan sebab iyelah, lama-lama jatuh cinta kat Izzah betul-betul. Mila still nak kahwin dengan Hariz walaupun Haris dah terus terang dia tak cintakan Mila tapi kat perempuan lain.

Kesimpulannya, best juga lah. Kisah cinta yang menyayat hati, yang mengisahkan ketabahan hati seorang wanita macam Izzah. AND aku menangis tengok cerita ni. Ahh tidak, tak sepatutnya aku mengaku. Cerita ni memang sedih dari awal sampai akhir. Memang Terbaik lah.

Maya was great, tapi bagi aku Maya macam tak berapa sesuai pegang watak Izzah sebab dia  tak macam perempuan melayu sangat. Dia kan mix. sorry Maya. Watak Izzah lagi sesuai kalau Tiz Zakyah, or Nora Danish ke yang bawak, tak pun heroin Merong Mahawangsa (tak tau nama). Tapi sejujurnya,  Maya nampak sangat cantik and seksi, nak-nak masa adegan dia tertidur sebelum first time Haris nak tidur dengan dia. Seksi gila. Sure lelaki suka tengok. Aaron Aziz pulak memang sesuai gila bawa watak Hariz. Syabas Aaron, suka sangat! Bronte pun comel-comel je. Lisa sangat berkesan berlakon jadi jahat, walaupun kadang-kadang nampak berusaha keras untuk jadi jahat. Mungkin ramai orang ingat, Lisa jahat dalam cerita ni. Tapi Lisa sebenarnya cuma a normal, dia sayang gila-gila dekat Hariz. Ada time kesian juga tengok dia.


Then ada lagi benda yang aku nak komen, filem ni ada yang di ubah-ubah sikit dari apa yang ada dalam novel. Mungkin untuk mengikut kesesuaian dunia nyata. Contohnya, rumah yang Hariz sorok Izzah. Sepatutnya apartment kot. Pas tu masa Haris and Izzah berpeluk kat atas batu kat pantai, tu tetiba je ada orang lalu kat belakang, tak sure lah krew ke orang lalu lalang ke. Lepas tu, scene yang Hariz and Izzah kantoi dengan Mak Jah. Sepatutnya, diorang kantoi masa Mak Jah nak kejut Izzah sembahyang subuh then nampak diorang tidur sekatil. Tapi dalam movie ni, diorang just kantoi macm tu je. 



Lepas tu aku suka tengok plat kereta Haris, HAR 15. Cantik, kereta mahal pulak tu. And, the 2nd last scene dekat sawah padi tu, clip mic Maya punya speaker, yang selitkan dekat belakang tu, jelas sangat nampak. Tak boleh sorokkan ke, tau lah shooting pun. But nice shot semua, good job!   

One of a great Malay movie. Memang terbaek lah. 2jam 5minit anda memang tak terasa dah pun berlalu. Okay, this is just from my point of view. Do watch, sape yang belum tengok pergi beli tiket sekarang.

No comments:

Post a Comment