Wednesday, 25 January 2012

Lelaki begitu Lelaki begini

Assalamualaikum..




Hai awek-awek and hai lelaki begitu lelaki begini.

Okay first of all, pernah tak dengar perkataan "berkawan biar beribu bercinta biar satu"..?
Mestilah pernah kan. Ayat tu bukan sekadar ayat semata-mata tapi ada banyak makna, dia suruh kita berkawan ramai-ramai, and "bercinta" means sayang pada yang seorang sahaja, yang satu. So sebab tu lah nenek moyang kita nasihat macam tu. Sebelum korang nak jatuh suka - lalu jatuh hati - lalu terjatuh cinta dengan sesiapa pun, korang dinasihatkan untuk kenal dia as a friend dahulu. Ok? As a friend. Bukannya kenal-kenal terus nak kapel bagai. Pas tu nak falling2..filling2.

Apa motif kau buat entry ni..?

Okay, apa motif aku buat entry ni? Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin saje nak share pengalaman? Teehee <---comel tak gelak cam gitu? Rasa macam "bajet aku banyak pengalaman" je. Bukan apa, setiap orang ada alasan atau kisah mereka tersendiri, kenapa dia memilih bahagia seperti itu dan orang lain memilih bahagia seperti ini. So aku tak nafikan yang aku pun ada pengalaman aku sendiri.

Lelaki begitu lelaki begini. Kat dunia ni terlalu ramai lelaki, sebab tu kita kena berhati-hati dalam memilih. So, apa yang cuba aku sampaikan pada entry aku kali ni ialah ada banyak jenis lelaki yang perlu kita kenal. Jom kita tengok jenis-jenis yang aku cuba sampaikan. Let's cekidaud!!

Lelaki yang tak boleh hidup tanpa wanita disisi.

Lelaki jenis macam ni memang banyak. So korang yang cute "macam aku" kenalah berhati-hati. Wajib berhati-hati! Sebab bila korang sudah jatuh hati sama itu budak, maka sangat susah juga nak terima kenyataan bahawa korang hanyalah "sekadar di pinggiran" pada dia. Ada faham? Okay aku kurangkan bahasa tamil aku. 


Maksud aku, orang laki ni memang tak boleh hidup kalau takde perempuan dalam hidup dia. Contoh macam ---> Si Milah blah, dia ngorat si Temah, si Temah jual mahal sikit, dia cari pulak si Yaya. Okay faham setakat ni? Bila dia dah pulun ngorat si Yaya ni, then masa tu pulak si Yaya dah feeling kat dia, and tangkap serius kat dia, eh alih-alih dia pergi pulak kat Nana. Sedangkan masa dia tackle si Yaya, dia cakap dia susah untuk jatuh cinta, and susah nak lupakan ex dia and bla bla bla.. So pada lelaki jenis macamni, diorang beranggapan 'sebelum jumpa their soul mate, maka haruslah ada perempuan-perempuan untuk dijadikan sandaran hati sementara dia sunyi tidak berteman'. Hello bro, sudah-sudah lah tu hidup penuh dengan pura-pura. Kalau rasa diri tak mampu untuk mencintai and setia pada seorang wanita, jangan sekali-kali beri harapan dengan kata-kata  manis kau. Kau sebenarnya tak sedar, kau sebenarnya jantan pengecut, kononnya kau takut untuk terluka tapi yang kau lukakan banyak hati tu kau tak fikir pulak. And satu lagi kau tak sedar yang kau sebenarnya selfish! Atau banyak jual ikan. Uwek! (okay tiba-tiba aku emosi)

Lelaki jenis "Jejaka Over Confident" (JOVC). 

Lelaki yang mungkin tak pandai tackle perempuan. Atau tak biasa. And tiba-tiba jadi terover confident. Contohnya, dia minat kat seorang perempuan. So dengan tergopoh gapahnya and kekononannya dia menunjukkan ke'gentle'an dia, dia mintak sendiri no fon kat perempuan tu, (okay kat situ boleh la bagi 5 markah sbb kononnya gentle..) and diorang pon  bersms-sms and bercalling-calling. Perempuan tu pun layan la macam biasa. Tapi biasalah perempuan, mestilah jual mahal dulu, baru boleh buat tawar menawar. Takkan awal-awal nak jual murah. Susah lah nak cari makan kan. 

Perempuan tu pun mesti nak tengok dulu sejauh mana keinginan and tahap keseriusan laki tu nak kat dia kan?. Si perempuan comel tu pun cakap lah dia hanya nak berkawan dengan si JOVC ni. Like this (setelah berkenal-kenalan tentang "basic" diri masing-masing).

Gadis comel : Saya cuma nak berkawan je dengan awak, tak lebih dari tu. Sebab saya susah nak percaya lelaki.(ayat wanite~)

JOVC : Okay, takpe saya faham. Tapi sampai bila kita nak berkawan?

Okay nampak?? word Tapi sampai bila kita nak berkawan???? Teeet!!! (tolak markah!!) Hello, baru seminggu kot? Kau nak terus couple ke? Terus nak tangkap cintan ke?.. ee tolong lah. Agak-agak la nak JOVC sangat pun. Slow-slow lah bro, takkan lari gunung dikejar. Adoii, gagal betul lah kau. Okay setelah ayat itu dilafazkan, korang rasa apa gadis comel tu anggap kat JOVC?..Surelah taknak layan dah kan? Perempuan tu akan beranggapan lelaki tu memaksa dia. Tengok dialog seterusnya (maksud aku sms).


JOVC : Kenapa saya call awak tak angkat? Sms Tak reply?
Gadis comel : ..................(no reply, malas nak layan)

setelah beberapa hari, sms tidak berbalas, call tak berjawab oleh si gadis comel..

JOVC : Kalau awak dah ada pakwe, awak bagitahulah saya, terus terang kat saya, jangan mainkan perasaan saya macamni..
Gadis comel : Hello, saya tak pernah mainkan perasaan awak, saya dah cakap awal-awal dulu saya cuma nak berkawan je dengan awak. Tak lebih tak kurang. Kenapa tiba-tiba yang ada isu main-mainkan perasaan pulak ni? Saya terus terang kat awak, memang saya tak ade pakwe, kalau awak tak percaya terpulang pada awak. Kalau macamni lah, lepas ni jangan cari saya, tak payah call and tak payah message saya lagi kalau dah tiba-tiba timbul soal main2kan perasaan bagai ni. Okay, assalamualaikum.
JOVC : Okay, kalau itu yang awak nak. Waalaikumussalam.
Gadis comel : .........................(tak reply sampai bila-bila walaupun tiba-tiba selepas beberapa hari si JOVC sms mintak maaf)

Habis cerita!..Payah sangat nak explain. Bukan apa, lagi dilayan, lagi dikatanye aku ni gadis comel tu nak mainkan perasaan si JOVC. So lebih baik jangan dilayan. So nasihat aku pada si JOVC, mungkin cara kau tak boleh di terima oleh gadis comel tadi. Maybe perempuan lain  boleh terima (kot)? So kau cuba lah tackle perempuan lain dengan cara kau tadi. Itu pun kalau "perempuan lain" tu boleh terima cara kau yang gelojoh tu.

Lelaki "something"

Lelaki "something"??..Macam sesuatu je? Iya, memang sesuatu. Sangat sesuatu. Korang pernah kenal tak dengan seorang lelaki yang bercita-cita tinggi, berfikiran jauh and matang, rajin and kuat bekerja, carring and romantik? Macam seronok dapat kenal dengan lelaki jenis ni, kan? Iyelah, perempuan kan suka dibelai dan dimanja, dalam masa yang sama laki tu pulak jenis fikir masa depan. (cettt! jiwang seyh aku) Tapi kenapa pulak yang aku cakap lelaki tu lelaki "something"? Apa kena mengena dengan semua ciri-ciri "hero malaya rebutan" dengan lelaki "something"?? Okay, lelaki romantik. Romantik ada banyak ketegori, ada romantik yang comel-comel, romantik tersembunyi, romantik terang-terangan and romantik terlebih.


Okay dibah, apa yang kau cuba sampaikan?. 

Faham tak korang dengan "manja-manja"? Ala, manja-manja, yang gitu-gitu tu. Mengikut kefahaman aku, manja-manja means buat sesuatu yang macam comel-comel, and ala ala romantik, tak kira lah sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Contohnya, macam setiap hari dapat sms "saya sayang awak ketat-ketat", "saya sayang awak banyak-banyak sebanyak pasir di tepi pantai", (eww) atau "you jump, i jump" (ee yekk!). Ataupun perbuatan romantik macam colek aiskrim kat hidung, bagi bunga kertas ke, strawberry coklat ke, bagi cincin berlian ke, or whatever lah yang korang rasa sangat romantik mantik tu.

Okay, kalau romantik macam tu it's normal right? Macam dah lumrah orang bercinta zaman La ni. Tapi kalau "manja-manja" yang dimaksudkan adalah nak buat imaginasi sex atau fantasi sex or whatever lah yang korang panggil pun. Sorry to say la kan, maksud aku nak berfantasi dalam phone, is it call "manja-manja"?? U wanna kiss me here and there, and u wanna ME kiss u here and there, and bla bla bla..and tuut. Pergh, what deer?! Masalahnya baru kenal kot, kentut kau pun dia tak tahu bunyi camane. Kau dah nak berfantasi fantasi dengan perempuan tu. Tak ke "something" namanya tu?

And, bila perempuan tu taknak buat the "manja-manja" yang laki tu nak, terus dia taknak kawan dengan that perempuan. WHAT?? So maknanya kau nak kawan dengan perempuan tu semata-mata untuk puaskan nafsu kau? Walaupun dengan cara berfantasi on your phone? Hey hello, very unsangkarable, lelaki yang berfikiran jauh, matang, and seorang yang fikirkan masa depan (~lah sangat~), carring lah bagai, taknak berkawan dah dengan seorang perempuan tu hanya disebabkan perempuan tu taknak layan nafsu dia ON PHONE!? Matang ke kau? 

Agak-agak korang lah yang perempuan atau awek-awek comel sekalian, lelaki jenis ni ke yang korang nak buat suami? Kot ye pun nak bermanja, tunggu lah masa kahwin, bila dah kahwin, kau nak manja lebih dari dalam phone pun boleh der. Kenapa yang gelojoh sangat bro. Kan lebih manis kalau kau ngorat awek tu slow-slow, ajak dia kahwin, jumpa mak ayah, kita buat cara elok, baru lah betul mengikut jalan yang benar menuju ke syurga. Dapat gak pahala. Ok, next.

Lelaki comel


ensem kan??

Hik-hik (>__*). Lelaki comel. dengar lelaki comel je, macam cute2 je kan. Aku tahu setiap orang ada pandangan and pendapat masing-masing terhadap seseorang. Tapi bagi aku seseorang lelaki itu sangat comel apabila air mukanya yang manis, ceria, carring, ramah dengan semua orang and yang paling penting pandai bab agama. Bagi aku lelaki seperti ini tersangatlah comel der.Walaupun dia tak seensem my Arron Aziz, tapi cukuplah air muka yang manis kerana air sembahyangnya, bacaan doanya, laungan azannya yang merdu. Perh, serius i'm melting!!! 
Tapi siapalah diri ambo nak dapat cinta and kasih dari orang yang macam tu. Sedangkan diri ini tidak sebaik Siti Khadijah yang inginkan kekasih semulia Nabi Muhammad. Fuh!! kus semangat..aku ni sekadar suka and jatuh cinta dari jauh jela gamaknye. Udah la rope takde,tapi manis tu ada lah. hehehe..Tetiba terfikir, sapelah laki aku nanti.

Aku rasa dalam banyak-banyak jenis2 lelaki yang aku listkan, mungkin ada yang terkena kat batang hidung sendiri. Teeheee!! (gelak comel) Minta maaflah ye, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Okay, sebelum aku melalut lebih panjang lagi, baik aku stop setakat disini. Semua yang aku taip kat atas ni adalah sebahagian dari pengalaman atau pemerhatian aku disekeliling aku. And of kos ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada. So, thanks for read my entry (bajet cam blog aku femes). Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment