Assalamualaikum
Hai u ollsss...lame aku tak update blog ni..busy memanjang je aku ni. Biasalah, busy kerja..(hak hak haktuih) padahal memang pemalas pun nak mengupdate blog...
Erm,,cakap banyak tak guna, jom baca ape cerita nya aku sekarang ni.
OMG, korang dapat bayangkan tak, kepenatan, keletihan, kelelahan dan ketaklaratan berlari sejauh 2.4km dalam masa 16 minit ke bawah? Korang boleh? Korang mampu?..Aku mampu , tapi dapat 14.48 minit jela. Alhamdulillah sangat sebab aku lulus ujian pada hari ni.
Ujian? Ujian what? What ujian? Haa, itulah korang tak tahu. Job lain takde nak buat ujian-ujian kecergasan kejasmanian ketangkasan kemantapan bagai macam aku ni. Meh sini nak habaq mai. Aku ni koje askar, army. Alaah army, tentera darat. Reti?
So, bila kerja macam aku ni mestilah nak kena mantap, cergas, dan pantas sentiasa. And bagi mengekalkan kemantapan itu kami kenalah menjalani ujian kecergasan macam ni. Nak-nak bagi askar macam aku yang sentiasa duduk kat dalam pejabat ni kan. Hari-hari pegang pen, pegang keyboard, duduk di kerusi empuk, di hembus aircond yang sangat sejuk, terlindung dari sinar UV, sampai my pungkuk and my pipi pun makin hari makin lebaq dan tombam. Ha gitu~
Makanya, bila dah segala lemak yang aku susah payah ternak ni makin mengembang dengan begitu pesatnya. Korang boleh bayang tak macam mana beratnya badan ni nak dibawak berlari? Tahu tak macammana rasanya mintak nyawa. Hidung kembang kempis control pernafasan nak lulus punya pasal. Ha macam tulah aku. Masa berlari tak ingat benda lain, aku ingat nak lulus, nak lulus, nak lulus sebab aku taknak repeat ujian ni. Penat wei nak buat banyak-banyak kali, biarlah penat sekali.
Itulah siapa suruh malas nak joging. Padan muka aku. Orang lain buat steady je. Tapi aku bersyukur juga akhirnya aku berjaya jugak lari tanpa henti, tanpa henti ya (sedikit bangga disitu) 2.4 km dalam masa 14.48 minit. Kau mampu??. Walaupun dalam ramai-ramai tu, adalah diorang-diorang ni yang mengelat. Sampai kat garisan penamat dok belakang aku. Bukan belakang sikit-sikit tapi belakang gila tahap ketinggalan, orang dah sampai Paris dia baru nak naik flight, tapi tetap lulus. Masa dia pulak 13.00 minit. Pergh?!. Mantap kan? Kau ade? Aku takde...
Bukan setakat lari je, selain dari tu ada lah ujian lari ulang alik, sit up, and having (mendagu). Tapi yang paling penting adalah lari 2.4 km tu. Kalau lari tu aku gagal, takde maknanyalah ujian aku tu.
Alangkah bagusnya kalau perut aku macam perut dia kan? Untung laa
Tak pun macm ni. Hai...!
Lari Ulang-alik
Erm, begitulah ceritanya. Macam pelik, tetiba aku nak update entry pasal benda yang berkaitan kerja aku kan?. Well, its me!.
Thanks for read..
Prlahan
ReplyDelete