Tuesday, 20 March 2012

Mulutmu Di Kakiku

Assalamualaikum


Hello gadis-gadis and jejaka-jejaka yang bermulut wangi dan bermulut busuk sekalian harap dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.

Sangat kejam tajuk entry aku kali ni kan? Korang mesti pernah dengar pepatah melayu yang berbunyi "kerana pulut santan  binasa, kerana mulut badan binasa".

Aku tak explain pun korang dah tahu maksud dia, so tak perlulah aku susah payah explain kat korang lagi maksudnya. Tujuan Allah anugerahkan mulut kepada kita semua untuk apa? Of cos lah untuk bercakap atau berkata-kata kan? Berkata-kata pulak, mestilah berkata-kata benda-benda yang baik, bukan yang buruk-buruk. Selain dari itu, mulut dianugerahkan adalah untuk sentiasa berzikir, berdoa kepada Allah, memberi nasihat kepada yang perlu. Jangan pulak korang gunakan mulut untuk bercakap perkara-perkara yang tak baik pulak, memfitnah, mengadu-domba, mencanang pasal keburukan orang merata-rata, mencarut, menghina dan sebagainya yang seangkatan dengannya. 

Okay motif entry ni..?

No motif at all, just to remind myself and you olls yang bergelar manusia. Baik lelaki mahupun perempuan, semua ada mulut right? Tapi umum mengetahui (umum..tak bole bla) mulut perempuan lagi lazer dari mulut lelaki. Bagi aku tak kira apa jantina sekalipun, still ada yang bermulut busuk. Yang bermulut wangi tu alhamdulillah lah, tahniah. Tapi mulut busuk yang aku maksudkan bukan sebab tak gosok gigi atau tak kumur mulut dengan 'clorok mulut' tu. Tapi mulut busuk macam longkang yang aku maksudkan disini adalah mulut yang suka canang tentang keburukan atau aib kawan-kawan.

Contoh aku bagi:

"..engkau tau Lia, Dila tu bukan pandai masak pun, semalam dia masak meggi PaMA, alaa meggi PaMa, boleh dia masak tak ada kuah? Masak benda simpple macam tu pun tak reti. Aku tak tahu la nak cakap.."

"..Engkau tau? Si Lisa tu bukan tau buat kerja sangat. Lopong tu kalau ko nak tahu. Iye lah, lama sangat duduk kat cawangan yang relax, bila suruh buat kerja, mulalah tak tau apa nak buat, semua nak harap kat aku.."



Apa perasaan korang kalau korang di tempat Dila dan Lisa? Korang dengar cerita keburukan korang dari mulut orang lain. Orang lain tu maksud aku "si penyampai berita tv3". Bengang tak? Depan korang sikit punya baik, pijak semut pun tak mati. Tapi belakang korang dia pijak korang lumat-lumat.


Aku yakin semua orang ada pengalaman macamni. And masing-masing ada your own ways to face benda-benda macmni. Kalau aku, aku biarkan aje nak buat aku camana pun. Bagi aku, mulut jamban boleh tutup, tapi mulut orang korang nak tutup pakai apa? Pakai selipar jamban? Oh no, pasti tidak. So, cara paling berkesan adalah biarkan mereka.. Jangan korang pergi serang, ke maki ke hape ke, tak ada faedah semua tu. Malah akan memanjangkan lagi cerita. Betul tak? Sila angguk.


p/s: Jagalah kebersihan mulut masing-masing. Bangun pagi gosok gigi, nak tidur pun gosok gigi dulu supaya mulut anda tidak mengeluarkan bau yang ngak enak. Okbai (^.^)

Monday, 12 March 2012

Surat Hawa untuk Adam

Assalamualaikum, 

Selamat morning and mulakan hari anda dengan senyuman, kerana gigi anda bukanlah aurat!,

Pagi-pagi buta bukak fb terbaca satu artikel yang amat-amat mendalam maknanya untuk kita 
semua. So, aku dengan tak segan silu telah meng'share'kan artikel tersebut kat wall fb aku. And aku pun telah dengan bangganya meng'control c control v'kan artikel tersebut ke dalam blog aku yang tak brape nak sangat comel ni. So, artikel yang aku maksudkan adalah seperti berikut. Skema ek ayat aku..Ok abaikan keskema'an ayat tu.. Jom baca..
                                                                                                                                                                                                 

Surat Hawa untuk Adam

Ohh Adam…

Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam… nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…

Ikhlas dari

Hawa

                                                                                                           


Credit lah untuk penulis artikel ni. Benda dah di 'share'2 kan so tak tahu sape penulis asal artikel ni. Memang terbaek.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku beria sangat nak share artikel ni. Senang je, aku cuma nak kita semua baca artikel ni untuk menyedarkan dan mengingatkan sesama kita tentang dunia akhir zaman. 

# Rasa insaf dan takut bila ingat akhir zaman ni. Tetiba terfikir, dah cukup ke amal aku??..