Assalamualaikum
Hello gadis-gadis and jejaka-jejaka yang bermulut wangi dan bermulut busuk sekalian harap dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.
Sangat kejam tajuk entry aku kali ni kan? Korang mesti pernah dengar pepatah melayu yang berbunyi "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".
Aku tak explain pun korang dah tahu maksud dia, so tak perlulah aku susah payah explain kat korang lagi maksudnya. Tujuan Allah anugerahkan mulut kepada kita semua untuk apa? Of cos lah untuk bercakap atau berkata-kata kan? Berkata-kata pulak, mestilah berkata-kata benda-benda yang baik, bukan yang buruk-buruk. Selain dari itu, mulut dianugerahkan adalah untuk sentiasa berzikir, berdoa kepada Allah, memberi nasihat kepada yang perlu. Jangan pulak korang gunakan mulut untuk bercakap perkara-perkara yang tak baik pulak, memfitnah, mengadu-domba, mencanang pasal keburukan orang merata-rata, mencarut, menghina dan sebagainya yang seangkatan dengannya.
Okay motif entry ni..?
No motif at all, just to remind myself and you olls yang bergelar manusia. Baik lelaki mahupun perempuan, semua ada mulut right? Tapi umum mengetahui (umum..tak bole bla) mulut perempuan lagi lazer dari mulut lelaki. Bagi aku tak kira apa jantina sekalipun, still ada yang bermulut busuk. Yang bermulut wangi tu alhamdulillah lah, tahniah. Tapi mulut busuk yang aku maksudkan bukan sebab tak gosok gigi atau tak kumur mulut dengan 'clorok mulut' tu. Tapi mulut busuk macam longkang yang aku maksudkan disini adalah mulut yang suka canang tentang keburukan atau aib kawan-kawan.
Contoh aku bagi:
"..engkau tau Lia, Dila tu bukan pandai masak pun, semalam dia masak meggi PaMA, alaa meggi PaMa, boleh dia masak tak ada kuah? Masak benda simpple macam tu pun tak reti. Aku tak tahu la nak cakap.."
"..Engkau tau? Si Lisa tu bukan tau buat kerja sangat. Lopong tu kalau ko nak tahu. Iye lah, lama sangat duduk kat cawangan yang relax, bila suruh buat kerja, mulalah tak tau apa nak buat, semua nak harap kat aku.."
Apa perasaan korang kalau korang di tempat Dila dan Lisa? Korang dengar cerita keburukan korang dari mulut orang lain. Orang lain tu maksud aku "si penyampai berita tv3". Bengang tak? Depan korang sikit punya baik, pijak semut pun tak mati. Tapi belakang korang dia pijak korang lumat-lumat.
Aku yakin semua orang ada pengalaman macamni. And masing-masing ada your own ways to face benda-benda macmni. Kalau aku, aku biarkan aje nak buat aku camana pun. Bagi aku, mulut jamban boleh tutup, tapi mulut orang korang nak tutup pakai apa? Pakai selipar jamban? Oh no, pasti tidak. So, cara paling berkesan adalah biarkan mereka.. Jangan korang pergi serang, ke maki ke hape ke, tak ada faedah semua tu. Malah akan memanjangkan lagi cerita. Betul tak? Sila angguk.
Aku yakin semua orang ada pengalaman macamni. And masing-masing ada your own ways to face benda-benda macmni. Kalau aku, aku biarkan aje nak buat aku camana pun. Bagi aku, mulut jamban boleh tutup, tapi mulut orang korang nak tutup pakai apa? Pakai selipar jamban? Oh no, pasti tidak. So, cara paling berkesan adalah biarkan mereka.. Jangan korang pergi serang, ke maki ke hape ke, tak ada faedah semua tu. Malah akan memanjangkan lagi cerita. Betul tak? Sila angguk.
p/s: Jagalah kebersihan mulut masing-masing. Bangun pagi gosok gigi, nak tidur pun gosok gigi dulu supaya mulut anda tidak mengeluarkan bau yang ngak enak. Okbai (^.^)
No comments:
Post a Comment