Tuesday, 20 March 2012

Mulutmu Di Kakiku

Assalamualaikum


Hello gadis-gadis and jejaka-jejaka yang bermulut wangi dan bermulut busuk sekalian harap dalam keadaan sihat walafiat sentiasa.

Sangat kejam tajuk entry aku kali ni kan? Korang mesti pernah dengar pepatah melayu yang berbunyi "kerana pulut santan  binasa, kerana mulut badan binasa".

Aku tak explain pun korang dah tahu maksud dia, so tak perlulah aku susah payah explain kat korang lagi maksudnya. Tujuan Allah anugerahkan mulut kepada kita semua untuk apa? Of cos lah untuk bercakap atau berkata-kata kan? Berkata-kata pulak, mestilah berkata-kata benda-benda yang baik, bukan yang buruk-buruk. Selain dari itu, mulut dianugerahkan adalah untuk sentiasa berzikir, berdoa kepada Allah, memberi nasihat kepada yang perlu. Jangan pulak korang gunakan mulut untuk bercakap perkara-perkara yang tak baik pulak, memfitnah, mengadu-domba, mencanang pasal keburukan orang merata-rata, mencarut, menghina dan sebagainya yang seangkatan dengannya. 

Okay motif entry ni..?

No motif at all, just to remind myself and you olls yang bergelar manusia. Baik lelaki mahupun perempuan, semua ada mulut right? Tapi umum mengetahui (umum..tak bole bla) mulut perempuan lagi lazer dari mulut lelaki. Bagi aku tak kira apa jantina sekalipun, still ada yang bermulut busuk. Yang bermulut wangi tu alhamdulillah lah, tahniah. Tapi mulut busuk yang aku maksudkan bukan sebab tak gosok gigi atau tak kumur mulut dengan 'clorok mulut' tu. Tapi mulut busuk macam longkang yang aku maksudkan disini adalah mulut yang suka canang tentang keburukan atau aib kawan-kawan.

Contoh aku bagi:

"..engkau tau Lia, Dila tu bukan pandai masak pun, semalam dia masak meggi PaMA, alaa meggi PaMa, boleh dia masak tak ada kuah? Masak benda simpple macam tu pun tak reti. Aku tak tahu la nak cakap.."

"..Engkau tau? Si Lisa tu bukan tau buat kerja sangat. Lopong tu kalau ko nak tahu. Iye lah, lama sangat duduk kat cawangan yang relax, bila suruh buat kerja, mulalah tak tau apa nak buat, semua nak harap kat aku.."



Apa perasaan korang kalau korang di tempat Dila dan Lisa? Korang dengar cerita keburukan korang dari mulut orang lain. Orang lain tu maksud aku "si penyampai berita tv3". Bengang tak? Depan korang sikit punya baik, pijak semut pun tak mati. Tapi belakang korang dia pijak korang lumat-lumat.


Aku yakin semua orang ada pengalaman macamni. And masing-masing ada your own ways to face benda-benda macmni. Kalau aku, aku biarkan aje nak buat aku camana pun. Bagi aku, mulut jamban boleh tutup, tapi mulut orang korang nak tutup pakai apa? Pakai selipar jamban? Oh no, pasti tidak. So, cara paling berkesan adalah biarkan mereka.. Jangan korang pergi serang, ke maki ke hape ke, tak ada faedah semua tu. Malah akan memanjangkan lagi cerita. Betul tak? Sila angguk.


p/s: Jagalah kebersihan mulut masing-masing. Bangun pagi gosok gigi, nak tidur pun gosok gigi dulu supaya mulut anda tidak mengeluarkan bau yang ngak enak. Okbai (^.^)

Monday, 12 March 2012

Surat Hawa untuk Adam

Assalamualaikum, 

Selamat morning and mulakan hari anda dengan senyuman, kerana gigi anda bukanlah aurat!,

Pagi-pagi buta bukak fb terbaca satu artikel yang amat-amat mendalam maknanya untuk kita 
semua. So, aku dengan tak segan silu telah meng'share'kan artikel tersebut kat wall fb aku. And aku pun telah dengan bangganya meng'control c control v'kan artikel tersebut ke dalam blog aku yang tak brape nak sangat comel ni. So, artikel yang aku maksudkan adalah seperti berikut. Skema ek ayat aku..Ok abaikan keskema'an ayat tu.. Jom baca..
                                                                                                                                                                                                 

Surat Hawa untuk Adam

Ohh Adam…

Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam… nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…

Ikhlas dari

Hawa

                                                                                                           


Credit lah untuk penulis artikel ni. Benda dah di 'share'2 kan so tak tahu sape penulis asal artikel ni. Memang terbaek.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku beria sangat nak share artikel ni. Senang je, aku cuma nak kita semua baca artikel ni untuk menyedarkan dan mengingatkan sesama kita tentang dunia akhir zaman. 

# Rasa insaf dan takut bila ingat akhir zaman ni. Tetiba terfikir, dah cukup ke amal aku??..


Sunday, 26 February 2012

Jika aku...

Jika Aku Jatuh Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muahaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat 
di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati kepada kekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika kau halalkan merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin
Ya Rabbal Alamin..



Saturday, 25 February 2012

Najua Latip Pergi Clubing?

Assalamualaikum

Hai the comel girls and the hensom guys. Pehabaq.. Semoga berada dalam nikmat kesihatan selalu. Dan jangan lupa bersyukur, ucapkanlah alhamdulillah~

Entry yang ke-40. Erk 40? Banyak gak ek entry aku (lah sangat). Nombor faveret aku tu. Ok, entry ni bukanlah nak bercakap pasal nombor i/c ke, nombor badan ke, nombor ekor ke or nombor cabutan bertuah. Tajuk kita ialah Najua Latip Pergi Clubing. What? Najua Latip Pergi Clubing? WOW, sounds interesting. Aku nak jadi wartawan hiburan pulak ke? Hahaha.


Hello, bawak bertenang, ini bukan Najua Latip yang cintamukabuku tu lah. Ini Najua Latip lain. Apa lah korang ni. Okay, kenyataannya disini korang kena tipu. Hahaha gelak guling-guling..(ok,tak kelakar~)

Korang pernah tengok tak awek pakai tudung pergi kelab malam? Pernah? Tak pernah? Pernah? Apa 1st impression korang bila nampak awek pakai tudung pergi clubing? Well, yeah aku tau apa jawapan korang. Mesti korang akan cakap "Ade ke awek bertudung pergi club?" Tak pun, "Apa jenis pompuanlah, pakai tudung tapi masuk kelab. Baik kau tak payah pakai tudung. Memalukan and manjatuhkan maruah wanita bertudung jek." Tak pun mesti korang tertanya-tanya, "pompuan pakai tudung pun ada yang suka clubing ke? Ehm, dunia-dunia~"

Haa, kaan. Ok relax der. Semua orang akan berpandangan dan memberi jawapan yang negatif dengan soalan aku. Tapi korang tengok pulak gelagat awek bertudung tu kat dalam club. Adakah dia pun terkinja-kinja macam kera kena belacan macam yang lain-lain? Atau pun dia cuma stay kat tempat duduk dia diam-diam dari mula dia masuk. 



Pada akulah, mungkin dia "terpaksa" ikut kawan-kawan dia pergi club tu. Korang fikir tak, takkanlah dia saje-saje nak masuk club dengan tudung? Logik ke? Mungkin ye, mungkin tidak.  Atau mungkin juga "Najua Latip" ni nak buat assignment untuk diri sendiri, atau kajian dia yang bertajuk "Ada Apa Dengan Club?" Tapi kalau akulah, kalau aku tahu awal-awal yang member aku nak ajak pergi club, komfom 100 persen aku akan tolak.  I will never jejakkan kaki aku kat tempat-tempat macam tu. Banyak yang buruk dari yang baik. Tapi instin aku kuat mengatakan "Najua Latip" ni tak tahu pun member2 dia nak ajak pegi club. Percayalah.

Tetiba aku terfikir, apa yang seronoknya masuk club? Nak cari ketenangan, nak cari awek/pakwe, nak tengok buah-buahan yang tersembul2, nak tengok liuk lentok tubuh-tubuh kera kena belacan, atau nak ber"zikir rock" and nak cari syurga dunia? Kesimpulannya, cuma nak cari keseronokan. Keseronokan dunia yang sementara. Sementara je bro semua tu. Takde pekdahnye pun korang cari ketenangan kat situ. Dengan pergaulan bebas, laki pompuan berpeluk sana sini sesuka hati. Lepas tu minum air arak sampai mabuk terhuyung-hayang macam orang gila. Itu yang korang kata Heaven?? Heaven taik tengkorak kucing, neraka kau tau tak?? Astaghfirullah al azim. Nauzubillah min zalik.

Aku bukan apa, sedih bila tengok kebanyakan, eh silap, hampir semua, SEMUA yang berkunjung kat club2 ni mostly dari bangsa apa, agama apa? Bangsa aku, and agama aku. It's Melayu dan beragama Islam. Ya Allah, aku sedar aku bukanlah sebaik-baik manusia, bukan juga ustazah, tak layak kot aku nak bagi ceramah. Tapi sejahat-jahat aku, aku masih tahu beza mana halal mana haram. Tak malu ke dengan bangsa-bangsa lain tengok keadaan kita yang macamni. Aku malu babe/bro, seriously. 


Dalam semua orang kat club tu, aku berani bet bukan semuanya berstatus bujang. Tapi rata-rata dah pun berkahwin, ada anak bini kat rumah. Bila wife call, dikata pergi minum dengan member2, tak pun pergi out station/jumpa client. Sedangkan dok mabuk and berpeluk-peluk dengan perempuan mana entah. Itu belum lagi dengan sugar daddy la jadah nye lagi. Dah tua ganyut nak mampus, (macam bapak-anak) tapi berpeluk2 sakan depan orang ramai tanpa segan silu. Tapi aku tak kata bujang bebas buat semua tu, tapi fikirlah kalau mak ayah korang tahu apa anak dia buat jam 2 ke 3 pagi, tak ke sedih diorang? Aku jamin tak ada mak ayah yang suka tengok anak-anak dia bebas bergaul, mabuk apa semua (hope~). TAK ADA. Kalau ada,mungkin itu juga adalah penyebab kenapa diorang jadi macamtu, (kurang kasih sayang). 

Apa aku bebel-bebel ni?
Okay, tujuan entry aku kali ni bukan apa, sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan supaya jangan terlibat dengan gejala-gejala kurang sihat macam ni. (ayat skema) Keseronokan atas dunia ni cuma sementara, kalau Allah nak tarik semua nikmat dunia ni, sekelip mata je dia boleh tarik. Astaghfirulla al azim.

# Terdetik dalam hati, Ya Allah, mintak-mintak suami aku nanti bukan dalam golongan2 mereka. Amin.

#  Entry ni hasil kajian "Najua Latip"....

Wednesday, 22 February 2012

Ujian Oh Ujian...

Assalamualaikum

Hai u ollsss...lame aku tak update blog ni..busy memanjang je aku ni. Biasalah, busy kerja..(hak hak haktuih) padahal memang pemalas pun nak mengupdate blog...

Erm,,cakap banyak tak guna, jom baca ape cerita nya aku sekarang ni.



OMG, korang dapat bayangkan tak, kepenatan, keletihan, kelelahan dan ketaklaratan berlari sejauh 2.4km dalam masa 16 minit ke bawah? Korang boleh? Korang mampu?..Aku mampu , tapi dapat 14.48 minit jela. Alhamdulillah sangat sebab aku lulus ujian pada hari ni.

Ujian? Ujian what? What ujian? Haa, itulah korang tak tahu. Job lain takde nak buat ujian-ujian kecergasan kejasmanian ketangkasan kemantapan bagai macam aku ni. Meh sini nak habaq mai. Aku ni koje askar, army. Alaah army, tentera darat. Reti? 

So, bila kerja macam aku ni mestilah nak kena mantap, cergas, dan pantas sentiasa. And bagi mengekalkan kemantapan itu kami kenalah menjalani ujian kecergasan macam ni. Nak-nak bagi askar macam aku yang sentiasa duduk kat dalam pejabat ni kan. Hari-hari pegang pen, pegang keyboard, duduk di kerusi empuk, di hembus aircond yang sangat sejuk, terlindung dari sinar UV, sampai my pungkuk and my pipi pun makin hari makin lebaq dan tombam. Ha gitu~


Makanya, bila dah segala lemak yang aku susah payah ternak ni makin mengembang dengan begitu pesatnya. Korang boleh bayang tak macam mana beratnya badan ni nak dibawak berlari? Tahu tak macammana rasanya mintak nyawa. Hidung kembang kempis control pernafasan nak lulus punya pasal. Ha macam tulah aku. Masa berlari tak ingat benda lain, aku ingat nak lulus, nak lulus, nak lulus sebab aku taknak repeat ujian ni. Penat wei nak buat banyak-banyak kali, biarlah penat sekali. 

Itulah siapa suruh malas nak joging. Padan muka aku. Orang lain buat steady je. Tapi aku bersyukur juga akhirnya aku berjaya jugak lari tanpa henti, tanpa henti ya (sedikit bangga disitu) 2.4 km dalam masa 14.48 minit. Kau mampu??. Walaupun dalam ramai-ramai tu, adalah diorang-diorang ni yang mengelat. Sampai kat garisan penamat dok belakang aku. Bukan belakang sikit-sikit tapi belakang gila tahap ketinggalan, orang dah sampai Paris dia baru nak naik flight, tapi tetap lulus. Masa dia pulak 13.00 minit. Pergh?!. Mantap kan? Kau ade? Aku takde...

Bukan setakat lari je, selain dari tu ada lah ujian lari ulang alik, sit up, and having (mendagu). Tapi yang paling penting adalah lari 2.4 km tu. Kalau lari tu aku gagal, takde maknanyalah ujian aku tu.

Alangkah bagusnya kalau perut aku macam perut dia kan? Untung laa

Tak pun macm ni. Hai...!

Lari Ulang-alik

Erm, begitulah ceritanya. Macam pelik, tetiba aku nak update entry pasal benda yang berkaitan kerja aku kan?. Well, its me!.

Thanks for read..

Sunday, 29 January 2012

Apa Rasa Sentiasa Jadi Bahan Perhatian

Assalamualaikum..
Senyum!..Tak perlu kata apa-apa..



Hai u alls..Apa perasaan korang bila tiba-tiba pada satu hari ada seorang mamat (untuk gadis comel macam aku) datang kat korang and meluahkan perasaan suka and jatuh cinta kat korang? Boleh tak korang gambarkan dengan kata-kata perasaan korang pada ketika itu? 

Okay, tak payah terangkan. Sure korang akan rasa macam.. teeet!!!! TERKEJUT. Terkejut beruk gila khinzir, kot? Beruk pun tak terkejut macam korang. Mesti masa tu rasa macam err,,SPECHLESS. Malu, SEGAN. And muka korang comfirm jadi MERAH macam buntut kera/udang bakar or something like that la. Muka akan jadi tersipu-sipu malu (^__^) Atau tercengang? (''*o*'') Atau rasa macam nak suruh si peluah perasaan tersebut ulang semula apa yang dia cakap. Kan? Kan? Kan? Mesti korang akan rasa macam tak percaya apa yang orang tu cakap. And masa tu jugak korang yang err,, Maybe  sebab sebelum ni tak pernah ada pengalaman macam tu Kot, sebab muka takde market  akan terfikir, agak-agak lah nak luah perasaan pun. Terkejut aku bodo. Malu siak! Haa

Mesti macam tu kan?? kankankan.

Tak kire lah sama ada korang memang dah sedia ada perasaan kat dia atau pun tidak. But in certain situation yang tak kena pada tempatnya, mesti agak terkejut. 

And dia cakap kat korang yang dia terpikat dengan muka korang yang cantik / senyuman korang yang manis / lesung pipit korang yang comel? and blablabla. Okay, kalau perasan diri tu sememangnya cantik of cos taklah begitu terkejut sangatkan, mesti korang akan rasa macam "err,,baru tahu ke?". Tak payah bagitau kot. Memang aku cantik pun baru perasan ke. Haa, gitu. Atau secara humble pun, mesti korang akan terfikir, EE dia ni saje nak perli aku! Aku tau la aku tak cantik, tak payah lah nak perli aku sangat. Perlu ke puji aku sampai macam tu sekali. Cantik tang mana lah aku ni.


Okay, macamana pun perasaan korang ketika itu, kita semua takkan lari dari situasi macam tu. Cuma cara kita untuk mengatasi situasi itu yang penting. Okay, korang kena ingat, itu semua adalah ayat lelaki untuk memikat seorang perempuan. So, tak perlu nak melting sangatlah bila laki puji korang macamtu. Walaupun dia kata dia ikhlas, korang tau ke apa yang ada dalam hati dia? Betul ke dia ikhlas? Hanya dia dan Tuhan je yang tahu keihklasan dia tu. 

Iye, betul jangan mudah berprasangka buruk pada orang. Betul tu, tapi bersangka buruk itu perlu bagi mengelakkan diri dari ditipu hidup-hidup. Ingat tu. Jangan mudah percaya kata-kata indah lelaki.

Okey itu saja entry aku kali ini. Tak payah nak panjang-panjang. Melalut je aku kang. 

# Tapi kaan..Kan best kalau si Peluah Perasaan tu adalah orang yang kita jatuh suka??.kankan
lalala (^__^)

Wednesday, 25 January 2012

Lelaki begitu Lelaki begini

Assalamualaikum..




Hai awek-awek and hai lelaki begitu lelaki begini.

Okay first of all, pernah tak dengar perkataan "berkawan biar beribu bercinta biar satu"..?
Mestilah pernah kan. Ayat tu bukan sekadar ayat semata-mata tapi ada banyak makna, dia suruh kita berkawan ramai-ramai, and "bercinta" means sayang pada yang seorang sahaja, yang satu. So sebab tu lah nenek moyang kita nasihat macam tu. Sebelum korang nak jatuh suka - lalu jatuh hati - lalu terjatuh cinta dengan sesiapa pun, korang dinasihatkan untuk kenal dia as a friend dahulu. Ok? As a friend. Bukannya kenal-kenal terus nak kapel bagai. Pas tu nak falling2..filling2.

Apa motif kau buat entry ni..?

Okay, apa motif aku buat entry ni? Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin saje nak share pengalaman? Teehee <---comel tak gelak cam gitu? Rasa macam "bajet aku banyak pengalaman" je. Bukan apa, setiap orang ada alasan atau kisah mereka tersendiri, kenapa dia memilih bahagia seperti itu dan orang lain memilih bahagia seperti ini. So aku tak nafikan yang aku pun ada pengalaman aku sendiri.

Lelaki begitu lelaki begini. Kat dunia ni terlalu ramai lelaki, sebab tu kita kena berhati-hati dalam memilih. So, apa yang cuba aku sampaikan pada entry aku kali ni ialah ada banyak jenis lelaki yang perlu kita kenal. Jom kita tengok jenis-jenis yang aku cuba sampaikan. Let's cekidaud!!

Lelaki yang tak boleh hidup tanpa wanita disisi.

Lelaki jenis macam ni memang banyak. So korang yang cute "macam aku" kenalah berhati-hati. Wajib berhati-hati! Sebab bila korang sudah jatuh hati sama itu budak, maka sangat susah juga nak terima kenyataan bahawa korang hanyalah "sekadar di pinggiran" pada dia. Ada faham? Okay aku kurangkan bahasa tamil aku. 


Maksud aku, orang laki ni memang tak boleh hidup kalau takde perempuan dalam hidup dia. Contoh macam ---> Si Milah blah, dia ngorat si Temah, si Temah jual mahal sikit, dia cari pulak si Yaya. Okay faham setakat ni? Bila dia dah pulun ngorat si Yaya ni, then masa tu pulak si Yaya dah feeling kat dia, and tangkap serius kat dia, eh alih-alih dia pergi pulak kat Nana. Sedangkan masa dia tackle si Yaya, dia cakap dia susah untuk jatuh cinta, and susah nak lupakan ex dia and bla bla bla.. So pada lelaki jenis macamni, diorang beranggapan 'sebelum jumpa their soul mate, maka haruslah ada perempuan-perempuan untuk dijadikan sandaran hati sementara dia sunyi tidak berteman'. Hello bro, sudah-sudah lah tu hidup penuh dengan pura-pura. Kalau rasa diri tak mampu untuk mencintai and setia pada seorang wanita, jangan sekali-kali beri harapan dengan kata-kata  manis kau. Kau sebenarnya tak sedar, kau sebenarnya jantan pengecut, kononnya kau takut untuk terluka tapi yang kau lukakan banyak hati tu kau tak fikir pulak. And satu lagi kau tak sedar yang kau sebenarnya selfish! Atau banyak jual ikan. Uwek! (okay tiba-tiba aku emosi)

Lelaki jenis "Jejaka Over Confident" (JOVC). 

Lelaki yang mungkin tak pandai tackle perempuan. Atau tak biasa. And tiba-tiba jadi terover confident. Contohnya, dia minat kat seorang perempuan. So dengan tergopoh gapahnya and kekononannya dia menunjukkan ke'gentle'an dia, dia mintak sendiri no fon kat perempuan tu, (okay kat situ boleh la bagi 5 markah sbb kononnya gentle..) and diorang pon  bersms-sms and bercalling-calling. Perempuan tu pun layan la macam biasa. Tapi biasalah perempuan, mestilah jual mahal dulu, baru boleh buat tawar menawar. Takkan awal-awal nak jual murah. Susah lah nak cari makan kan. 

Perempuan tu pun mesti nak tengok dulu sejauh mana keinginan and tahap keseriusan laki tu nak kat dia kan?. Si perempuan comel tu pun cakap lah dia hanya nak berkawan dengan si JOVC ni. Like this (setelah berkenal-kenalan tentang "basic" diri masing-masing).

Gadis comel : Saya cuma nak berkawan je dengan awak, tak lebih dari tu. Sebab saya susah nak percaya lelaki.(ayat wanite~)

JOVC : Okay, takpe saya faham. Tapi sampai bila kita nak berkawan?

Okay nampak?? word Tapi sampai bila kita nak berkawan???? Teeet!!! (tolak markah!!) Hello, baru seminggu kot? Kau nak terus couple ke? Terus nak tangkap cintan ke?.. ee tolong lah. Agak-agak la nak JOVC sangat pun. Slow-slow lah bro, takkan lari gunung dikejar. Adoii, gagal betul lah kau. Okay setelah ayat itu dilafazkan, korang rasa apa gadis comel tu anggap kat JOVC?..Surelah taknak layan dah kan? Perempuan tu akan beranggapan lelaki tu memaksa dia. Tengok dialog seterusnya (maksud aku sms).


JOVC : Kenapa saya call awak tak angkat? Sms Tak reply?
Gadis comel : ..................(no reply, malas nak layan)

setelah beberapa hari, sms tidak berbalas, call tak berjawab oleh si gadis comel..

JOVC : Kalau awak dah ada pakwe, awak bagitahulah saya, terus terang kat saya, jangan mainkan perasaan saya macamni..
Gadis comel : Hello, saya tak pernah mainkan perasaan awak, saya dah cakap awal-awal dulu saya cuma nak berkawan je dengan awak. Tak lebih tak kurang. Kenapa tiba-tiba yang ada isu main-mainkan perasaan pulak ni? Saya terus terang kat awak, memang saya tak ade pakwe, kalau awak tak percaya terpulang pada awak. Kalau macamni lah, lepas ni jangan cari saya, tak payah call and tak payah message saya lagi kalau dah tiba-tiba timbul soal main2kan perasaan bagai ni. Okay, assalamualaikum.
JOVC : Okay, kalau itu yang awak nak. Waalaikumussalam.
Gadis comel : .........................(tak reply sampai bila-bila walaupun tiba-tiba selepas beberapa hari si JOVC sms mintak maaf)

Habis cerita!..Payah sangat nak explain. Bukan apa, lagi dilayan, lagi dikatanye aku ni gadis comel tu nak mainkan perasaan si JOVC. So lebih baik jangan dilayan. So nasihat aku pada si JOVC, mungkin cara kau tak boleh di terima oleh gadis comel tadi. Maybe perempuan lain  boleh terima (kot)? So kau cuba lah tackle perempuan lain dengan cara kau tadi. Itu pun kalau "perempuan lain" tu boleh terima cara kau yang gelojoh tu.

Lelaki "something"

Lelaki "something"??..Macam sesuatu je? Iya, memang sesuatu. Sangat sesuatu. Korang pernah kenal tak dengan seorang lelaki yang bercita-cita tinggi, berfikiran jauh and matang, rajin and kuat bekerja, carring and romantik? Macam seronok dapat kenal dengan lelaki jenis ni, kan? Iyelah, perempuan kan suka dibelai dan dimanja, dalam masa yang sama laki tu pulak jenis fikir masa depan. (cettt! jiwang seyh aku) Tapi kenapa pulak yang aku cakap lelaki tu lelaki "something"? Apa kena mengena dengan semua ciri-ciri "hero malaya rebutan" dengan lelaki "something"?? Okay, lelaki romantik. Romantik ada banyak ketegori, ada romantik yang comel-comel, romantik tersembunyi, romantik terang-terangan and romantik terlebih.


Okay dibah, apa yang kau cuba sampaikan?. 

Faham tak korang dengan "manja-manja"? Ala, manja-manja, yang gitu-gitu tu. Mengikut kefahaman aku, manja-manja means buat sesuatu yang macam comel-comel, and ala ala romantik, tak kira lah sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Contohnya, macam setiap hari dapat sms "saya sayang awak ketat-ketat", "saya sayang awak banyak-banyak sebanyak pasir di tepi pantai", (eww) atau "you jump, i jump" (ee yekk!). Ataupun perbuatan romantik macam colek aiskrim kat hidung, bagi bunga kertas ke, strawberry coklat ke, bagi cincin berlian ke, or whatever lah yang korang rasa sangat romantik mantik tu.

Okay, kalau romantik macam tu it's normal right? Macam dah lumrah orang bercinta zaman La ni. Tapi kalau "manja-manja" yang dimaksudkan adalah nak buat imaginasi sex atau fantasi sex or whatever lah yang korang panggil pun. Sorry to say la kan, maksud aku nak berfantasi dalam phone, is it call "manja-manja"?? U wanna kiss me here and there, and u wanna ME kiss u here and there, and bla bla bla..and tuut. Pergh, what deer?! Masalahnya baru kenal kot, kentut kau pun dia tak tahu bunyi camane. Kau dah nak berfantasi fantasi dengan perempuan tu. Tak ke "something" namanya tu?

And, bila perempuan tu taknak buat the "manja-manja" yang laki tu nak, terus dia taknak kawan dengan that perempuan. WHAT?? So maknanya kau nak kawan dengan perempuan tu semata-mata untuk puaskan nafsu kau? Walaupun dengan cara berfantasi on your phone? Hey hello, very unsangkarable, lelaki yang berfikiran jauh, matang, and seorang yang fikirkan masa depan (~lah sangat~), carring lah bagai, taknak berkawan dah dengan seorang perempuan tu hanya disebabkan perempuan tu taknak layan nafsu dia ON PHONE!? Matang ke kau? 

Agak-agak korang lah yang perempuan atau awek-awek comel sekalian, lelaki jenis ni ke yang korang nak buat suami? Kot ye pun nak bermanja, tunggu lah masa kahwin, bila dah kahwin, kau nak manja lebih dari dalam phone pun boleh der. Kenapa yang gelojoh sangat bro. Kan lebih manis kalau kau ngorat awek tu slow-slow, ajak dia kahwin, jumpa mak ayah, kita buat cara elok, baru lah betul mengikut jalan yang benar menuju ke syurga. Dapat gak pahala. Ok, next.

Lelaki comel


ensem kan??

Hik-hik (>__*). Lelaki comel. dengar lelaki comel je, macam cute2 je kan. Aku tahu setiap orang ada pandangan and pendapat masing-masing terhadap seseorang. Tapi bagi aku seseorang lelaki itu sangat comel apabila air mukanya yang manis, ceria, carring, ramah dengan semua orang and yang paling penting pandai bab agama. Bagi aku lelaki seperti ini tersangatlah comel der.Walaupun dia tak seensem my Arron Aziz, tapi cukuplah air muka yang manis kerana air sembahyangnya, bacaan doanya, laungan azannya yang merdu. Perh, serius i'm melting!!! 
Tapi siapalah diri ambo nak dapat cinta and kasih dari orang yang macam tu. Sedangkan diri ini tidak sebaik Siti Khadijah yang inginkan kekasih semulia Nabi Muhammad. Fuh!! kus semangat..aku ni sekadar suka and jatuh cinta dari jauh jela gamaknye. Udah la rope takde,tapi manis tu ada lah. hehehe..Tetiba terfikir, sapelah laki aku nanti.

Aku rasa dalam banyak-banyak jenis2 lelaki yang aku listkan, mungkin ada yang terkena kat batang hidung sendiri. Teeheee!! (gelak comel) Minta maaflah ye, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Okay, sebelum aku melalut lebih panjang lagi, baik aku stop setakat disini. Semua yang aku taip kat atas ni adalah sebahagian dari pengalaman atau pemerhatian aku disekeliling aku. And of kos ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada. So, thanks for read my entry (bajet cam blog aku femes). Assalamualaikum..