Friday, 30 September 2011

L.O.V.E vs C.I.N.T.A

"Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai, tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita. Jadikan ini sebagai satu pegangan:
"SAYA BELUM TENTU AKAN MENIKAHI ORANG YANG SAYA CINTAI TAPI SAYA AKAN MENCINTAI ORANG YANG SAYA NIKAHI"


"Adam, jangan terlalu murah engkau dalam berbicara dan jangan terlalu mudah engkau mengucapkan kata-kata 'I LOVE YOU' atau 'I MISS YOU' kepada sang hawa kerana engkau pun tahu hawa itu sangat rapuh hatinya dan mudah goyah imannya, Jika kau ikhlas ingin memiliki mereka,maka datangilah wali mereka dan nikahilah mereka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ikhlas kerana Allah."

"Usah dicari mana KESILAPAN dalam takdir yang DITETAPKAN oleh ILLAHI,
Tapi carilah punca KELEMAHAN diri dalam menempuh UJIAN yang diberi..
Usah dicari mana KETENANGAN yang TIDAK diber oleh ILLAHI,
Tapi carilah punca KERESAHAN yang TIDAK diundang menempuh didalam HATI,
Usah dicari mana NIKMAT yang ALLAH tidak beri pada diri,
Tapi carilah punca KUFUR nikmat yang DIRI tidak TAHU MENGHARGAI..."

"Apabila kita mencari kesempurnaan dari pasangan kita, kita akan kecewa kerana sudah tentu kesempurnaan tiada pada dirinya. Hanya dengan redha, bersyukur dan mengingati-Nya lah hati akan menjadi lapang dan tenang. Hidup adalah untuk 'memberi' yang terbaik, bukan 'menerima' kesempurnaan. Kesempurnaan hanya wujud di syurga.."


"Ya ALLAH, mengapa wanita sering menangis?
Jawabnya: kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberI rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU berI ia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang ia sayangi,
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

"Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan ini goyah menunggu rebah. Bila menangis tiada siapa yang tahu. Semuanya demi maruah diri. Walau siapa pun kita, dimana kita berada, langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak. Selagi kita hidup, langkah mesti diteruskan..Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yang sedang diuji olehNya.."



"Ginjal tanya Jantung.. "Sayang dimana?" Jantung jawab tak tahu. 
Jantung pun tanya Paru-paru... "Sayang dimana?" Paru-paru cakap tak tahu.
Paru-paru tanya Hati.. "Sayang dimana?" Hati pun jawab Sayang ada kat sini.
Jantung dan Paru-paru hairan. "Kenapa Sayang ada di Hati? "
Hati jawab.. "Hati dipilih oleh Allah untuk memiliki Sayang, Hati rela menangis, Hati rela dilukai. Dan kerana Sayang, Hati rela berkorban"

Tuesday, 27 September 2011

Akak, akak dah kahwin ke?

Assalamualaikum..

Tengahari tadi, aku nak balik lah rumah sekejap, nk makan, nak sembahyang zohor. 
Sebab dah pukul 1 kan. Aku singgah kat kedai makan ni,
 aku memang selalu beli makanan kat kedai dia.
Tengah aku pilih-pilih lauk tu, 
tiba-tiba ada seorang budak perempuan ni (anak tokey) yang jual tu tanya kat aku 
"kak, kak dah kahwin ke?"..
erm?? Tercongang den dia tanya soalan sebegitu rupa. 
Aku pun cepat-cepat senyum dengan semanis-manis muka, 
"eh, tak..bujang lagi, hehehe.."(tersengih aku mcam kerang busuk di situ)
"oo..." budak tu pun tersengih je. Dan berlalu tanpa rasa bersalah.
Aku pun meneruskanlah sesi memilih lauk aku. Then bayar dengan harga RM 4.00.
Lah?? Kalau disebabkan aku bujang dapat diskaun takpe lah jugak.
 Ini takde pape berlaku pun dengan jawapan bujang aku tu??
Setakat tanya saja, buat apa. 
Kotla dia nak offer kat abang dia yang hensem ke? (untung laa) 
sebab muka budak perempuan tu cantik, kalau ada abang, mesti hensem kan??
 Okay, just kidding..

Aku sebenarnya terfikir, aku ni nampak tua sangat ke 
yang sampai ada orang nak tanya aku ni dah kahwin ke belum?
Badan aku ni, nampak sangat tak solid ke? Nampak macam orang kahwin ke?
Nak je aku sound budak tu tadi. Tapi aku masih boleh cover ayu lagi.


Adik, lain kali tolong jangan tanya soalan macam tu lagi ya?..
akak tak suka, jatuh saham akak.
Lain kali, meh nak ajar, nak sopan lagi, tanya lah, suami akak mana?..
Tak pernah nampak akak dengan suami pun?..
Haa, macam tu..Adtoii itu pun mahu ajar ka..

Dah tentu lah kau selalu nampak aku beli nasi sebungkus je, 
kalau aku dah kahwin mesti aku beli dua ke tiga bungkus ke, untuk anak-anak aku sekali.
Ecewah..silap-silap, kalau aku dah kahwin, takdanya aku beli kat kedai kau,
Komfom aku balik masak je untuk laki dengan anak-anak aku. 
(Ini bukan ayat cover okay,ia datang dari hati ku yang ikhlas,suci dan murni, emm)


Monday, 26 September 2011

Usaha dan Tawakkal

"Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap tidak kakan mendapatkannya.."

Perjalanan kehidupan kita kadang semudah yang disangka walau sesulit mana melaluinya, pasti akan ada jalan penyelesaian. Walau seberat mana masalah yang dihadapi, pasti jua akan ada jalan penyelesaiannya..

Kita kini bersendirian dalam hidup kita, hanya tangisan dan keluhan yang menghiasi hari-hari yang kita lalui, kita lebih banyak termenung dari berfikir bahkan kadang-kadang terasa lebih baik mati dari hidup..
Kemanakah perginya keindahan tawakkal kepada Allah yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan?..

Kita salah dalam menilai kehidupan.. Allah tahu yang terbaik untuk kita. Sedangkan kita manusia biasa yang penuh dengan hasad dan dengki.. penuh dengan tangan yang berdosa. Hati kita semakin menjauh. Yakin dan pastilah, jodoh itu ada, walau bukan dengan orang yang kita cinta. Percayalah kita mampu untuk bahagia..

Bercinta sebelum menjadi halal pada kita bukan menjamin pada satu hubungan yang lebih jauh. Bukan menjadi syarat pada satu titik penghujung cerita kehidupan kita.

"Cinta belum tentu ketemu jodoh, namun jodoh pasti temui cinta.."

Pergh..gila jiwang ayat aku, Aku tak sangka boleh tulis sume-sume macam kat atas ni. Okey, ini bukan drama semata-mata, tapi nampak macam come from my heart jek?. (buat senyum kelat tak nampak gigi) 

ee tolong la apa sedih-sedih jiwang-jiwang ni? aku tahu mesti ini ayat korang bila baca entry aku kali ni kan? kan? kan?. em takpa lah, setiap orang ada hati ada perasaan, tak salah kalau sekali sekala nak cakap macam semua ni. Kata orang, kalau nak ego pun, biarlah bertempat. Ada orang cakap jodoh takkan datang bergolek kalau kita tak cari. Macam rezeki jugaklah, ada yang dilahirkan kaya, ada yang miskin. Ada yang kena berusaha lebih untuk dapatkan rezeki. Dan ada yang habis belajar je, terus sambung bisness family. Jodoh dan rezeki itu kerja Tuhan. Kalau korang kerja keras untuk dapatkan rezeki, kenapa pulak yang korang rasa korang boleh relax-relax goyang kaki tunggu jodoh datang bergolek?
Tapi kalau korang comel atau hemsem, takde hal lah jodoh tu datang bergolek. Comel? Hemsem? untung laa


Sunday, 25 September 2011

Yes I'm Not Perfect

Yes, i'm not perfect . Truely not perfect . Aku hanya seorang wanita biasa yang serba kekurangan, seorang wanita yang dilihat kuat di mata tapi di dalamanku, aku seorang yang sangat lemah, lemah dan sangat lemah . Aku seorang yang selalu buat salah dan dosa sama ada dalam sedar atau tidak . Aku seorang wanita yang terlalu banyak dosa . Yang mungkin jijik untuk seorang lelaki yang baik-baik yang menginginkan kesempurnaan dari seorang wanita dan mungkin juga aku tidak layak untuk diperisterikan oleh mana-mana lelaki di dunia pun . Kadang terasa diri ini tidak layak untuk disayangi, tidak layak untuk mencinta dan dicintai . 

Aku hanya seorang wanita yang mengharapkan kehadiran empunya tulang rusuk kiri yang aku pinjam selama ini  di dalam hidup ku . Pemilik tulang rusukku yang akan memeliharaku dengan penuh kasih, sayang dan cintanya. Ya Allah kau kuatkanlah hati hamba mu yang serba daif ini untuk menghadapi segala ujiann Mu dengan hati yang kuat dan tabah . Amin Ya Robbal Alamin . 



Friday, 23 September 2011

Permohonan Pinjaman Peribadi Cik Dah Diluluskan


Assalamualaikum,

Tiba-tiba je pasal pinjaman peribadi kan? 
Ada ke patut petang tadi aku dapat call dari satu syarikat ni. Sorry malas nak mention nama syarikat dia. Cerita dia canni... Tiba-tiba je di petang yang penuh hening petang tadi, ada nombor tak dikenali call aku. So aku pun jawab dengan penuh sopan (sebab tak tau siapa yang call kan, kot la pakwe hensem mane-mana kaan)  Orang kat dalam fon tu pun cakap dengan penuh sopannya, (dengar-dengar pulak suara perempuan yang lagi lunak merdu suaranya dari aku)

die pun cakap: cik, permohonan peribadi cik dah diluluskan. Cik boleh datang ke #&*$ centre berhampiran untuk ambik cek...bla..bla..bla 
What?? bila masanya pulak aku buat permohonan pinjaman bagai-bagai ni? 
Aku pun melenting lah. Entah apa aku cakap kat dia.
Then, dia pun cakap kat aku (dengan nada yang ermm,agak tenang)
"cik, cik tak perlu marah-marah, pihak kami takkan proses mana-mana permohonan kalau tak ada persetujuan dari cik. Mengikut rekod kami, cik dah buat persetujuan membuat permohonan melalui online"(what ever lah kan, lebih kurang camtu la bunyinya, aku pon x ingat ape dia cakap), 


dia boleh cakap aku ada bersetuju buat pinjaman tu melalui online??
Kepala hotak dia, aku heran pon tak dengan pinjaman tu. Dah lah boleh pinjam 3 ribu je, pas tu tempoh bayaran sampai 5 tahun, bulan-bulan bayar RM86.00. Ingat aku dah takda keje lain gaknye kerja nak berutang je.

Bila masa entah aku setuju. Ok fine memang sebelum ni ada pompuan dari syarikat tu dok call-call aku tanya pasal pinjaman ni. Tapi aku sama sekali tak berminat langsung nak join, okay?? langsung!..sebab aku taknak berhutang lagi dah.(buat masa ni).

Dia cakap kalau aku tak pergi ke #&*$ centre berhampiran dalam masa sebulan dari tarikh tawaran loan ni, pihak dia beranggapan aku tak berminat untuk buat pinjaman ni. Ok fine, memang aku tak berminat langsung pun. So?..kira settle la kan, sebab aku tak pernah bukak pun web ko, tak pernah pergi pun  #&*$ centre tu, and aku tak pernah kata yes, saya bersetuju.. TAK ADA!..pandai-pandai je buat cerita kata aku nak buat loan tu..KEPALA OTAK DIE.. 

Lagipun, kalau ikut law pun, kalau kita tak sign apa-apa agreement mengatakan kita nak buat loan apa-apa, mana boleh lulus?..Ish. bodoh betul la.. tau nak cekik darah orang je..
Pulak tu dia kata kiranya lepas ni aku kena bayar balik lah setiap bulan 86 rggit. Banyak cantik muka?. Aku kata aku taknak, aku taknak lah..tak faham-faham bahasa pulak.

Lepas tu pandai pulak disuruhnya aku call talian khidmat pelanggan dia kalau aku nak batalkan. See?..dah satu kerja pulak aku kena call sana sini nak call dia pulak. Nasib baik aku boleh call pakai telefon office. Kira free lah kan. Kalau tidak, payah nak kena call pakai handphone aku pulak,.wah, lemak? membazir kredit aku je. Dah lah pakai suara mesin operator. Ade jugak yang aku maki perempuan tu tadi. Nasib dia kira baik lah kan ada telefon office..

Heerh!! Sakit betul hati aku, suka-suka hati je cakap aku nak buat loan. Nak telan duit orang je tahunya.

So, moral of the story? Hati-hati lah dengan dunia sekarang. Kalau pasal duit ni jangan buat main-main. Jangan sewenang-wenangnya bagi butir-butir peribadi kita. Silap langkah menangis kau..

Kepada perempuan yang call aku tadi, sorry lah ye?. Tak pasal-pasal kau yang kena marah dengan aku tadi. Nak buat macam mana dah tugas kau. Lain kali suruh lah orang lelaki yang call aku. Boleh gak aku berkenalan sekali. Ini bagi perempuan pulak yang call aku, silap lah. Mungkin sebab suara kau lagi lembut dari suara aku kot. Tak jelous pun sebenarnya. 


Sunday, 18 September 2011

Sebenarnya Kawan..

Assalamualaikum

So, this is my first entry about "friendship" or "persahabatan"..
Siapa ada kawan? Siapa ada teman,sahabat,member,.? And siapa ada kawan baik?  Siapa??..Sila angkat tangan. Aku pun ada. Cerita pasal kawan ni, korang tahu tak apa itu KAWAN? Ups, no,no,no,no.. aku lagi suka bincang pasal kawan baik, dalam bahasa omputih dia, "best friend" Sebenarnya aku tak berapa pasti apa makna best friend yang sebenarnya..

Best Friend: Apabila seseorang yang berkawan rapat dengan seseorang yang lain atau lebih. Mereka sentiasa bersama, sentiasa ada di sisi tak kira ketika senang atau pun masa susah. Sentiasa membantu ketika kawan baik dia di dalam kesusahan. Sentiasa nasihat-menasihati. Sentiasa mendengar, memahami and etc lah.


Tidak kira sama ada mereka itu adalah seorang perempuan yang baik dengan seorang perempuan yang lain. Atau pun lelaki kawan baik dengan lelaki. And, and, and best friend antara lelaki dengan perempuan. Lelaki and perempuan. Lelaki and perempuan.




Korang percaya ke dengan hubungan best friend antara lelaki dan perempuan ni? Apa pendapat korang apabila setiap hari sms, 3g, call, chating, bergayut malam-malam buta sampai pagi, bercerita tentang hati dan perasaan. Best friend ke macam tu? Mungkin bagi sesetengah orang, it's can be YES.... Tapi bagi sesetengah orang lagi, itu sama sekali tidak boleh diterima pakai. Kenapa?


It's can be YES...


Ada sesetengah orang berkata demikian kerana, iya lah, tak semestinya hari-hari text, hari- hari call, hari-hari 3g, hari-hari chatting, pokoknya segala-galanya hari-hari lah contact. Pusat pakaian pun ada nama pusat pakaian Hari-Hari kan? Perlu ke ada suatu perasaan lain antara satu sama lain? Cuba fikir, kalau masa bercinta tu korang tak berkawan ke? Kan ke best friend jugak namanya tu. Masalahnya sekarang, kawan is kawan, tak boleh campur adukkan atau tak boleh disamakan dengan kekasih. Kekasih ada sayang-menyayang tapi tidak best friend. Ee, tolonglah jangan mudah sangat nak jatuh-jatuh cinta ni. Eyew!, boleh tak beza antara kawan dengan kekasih?? pe liss


Sama sekali tidak boleh diterima pakai


Antara lelaki dan perempuan yang berkawan baik. Tanpa hari-hari contact, tanpa nak sembang pasal hati and perasaan ni, is Yes. Tapi kalau dah hari-hari contact, takkan lah sikit pun tak ada perasaan kan. Tipu je semua tu bro/babe, tak ada makna nya best friend-best friend semua ni. Kalau korang tengok membe korang yang spesis macam ni. First sangkaan korang mesti akan kata diorang couple kan?. Ada rupa kawan baik ke macam tu? So tolong lah jangan nak menegakkan benang yang basah, jangan terlalu ego nak mengaku tentang hati. Kelak sendiri yang rugi. Macam entry aku yang lepas yang pasal durian tu. ingat tak? Lagipun tak rasa macam buang masa ke nak menafi-nafikan benda yang terang lagi bersuluh tu?


*P/s: Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia di ambil orang..

Friday, 16 September 2011

Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum 
anak-anak malaysia yang ceria semuanya,

16 September. Hari Malaysia. Tak payah beritahu, semua dah sedia maklum kan? Tiba-tiba je aku nak patriotik kan. Apa salahnya sesekali kita berjiwa patriotik. Saya Sayang Malaysia tau..
Sebab arini cuti and of coz weekend, so aku nak pulang ke kampung di Segamat. Jumpa mak abah tercinta, rindu sangat-sangat kat family aku. Padahal baru je balik kampung hari raya aritu. No,no,no.. tak boleh fikir macam tu, family always number one!..muah muah muah

Thursday, 15 September 2011

Thats When I Love You

Assalamualaikum,
Ups sorry, first gamba untuk video ni agak tidak sopan, tapi semua u olls da agak biasa kot dengan pic-pic mcam ni?. Alah, tak payah nak menafikan, aku tahu tu. (tak termasuk aku okey :P)


Aku saja-saja meronda kat YouTube tadi, suddenly-suddenly aku terjumpa lagu ni. Tak pernah-pernah aku nak layan lagu mat saleh ni, tapi bila aku dengar dan amati betul-betul lirik lagu ni, memang mendalam gila maksud dia. Tak percaya, cuba dengar lagu ni betul-betul. Malas nak cite, U olls dengar la sndiri yek. Rasa-rasanya macam nak tuju lagu ni kat someone, but may be next time?. 

Tuesday, 13 September 2011

Kisah Durian

Assalamualaikum...
Sape suka makan durian sila angkat tangan macam ni...


TARAAA....!!!! durian! sedapnyee nyum, nyum.....perghh


Aku suka (la jugak) makan durian ni, tapi tak lah fanatik sangat dengan durian-durian ni,makan dua ke tiga ulas je cukup lah bagi aku. So sape nak kahwin dengan saya tak perlu bimbang sama ade die makan ke tak makan ke durian ni, aku tak kisah sangat pun, sume pun boleh layan punye maa...hehehe, (OK i promote diri) tangan di dada, mata juling ke atas :P

Actually bukan masalah suke atau tak suke makan durian yang aku nak bincangkan pada entry aku kali ni,but, it's all about this word...

"Kalau nak jolok buah durian, biarlah yang tua, kalau salah jolok nanti, 
takut terjolok yang muda..."

Korang faham tak ayat kat atas ni?. Lu tau?. Lu tau?. Lu tak tau maa...Sebenarnya aku pun tak berapa nak faham, actually ada la seseorang ni yang ngajar aku ayat ni, siapa dia tu, korang tak perlu tahu kot, biar aku je yang tahu,,hehehe, tak payah susah-susah fikir, nak nongkat-nongkat dagu fikir siapa orang yang aku maksudkan, ok?? and kalau ada sape-sape rase dialah orangnya, sila senyum sampai ke telinga..and sila nampakkan muka anda yang sangat manis tu..(ok, mcm tuu, i like!) huhuhu (dalam hatiku berkata, ade ke orang yang nak tahu??) huhuhu

Puas aku memikirkan maksud ayat kat atas ni. Iyelah, durian kan, mana ada orang jolok?,,nak mampus? buatnye hempap atas kepala, tak pasal-pasal masuk ICU. Lebih baik masuk hospital sebab terlebih makan durian daripada masuk spital sebab kene hempap durian yang "dijolok"....hahaha, mak ngan abah aku mesti akan cakap,,,"aiii,, tak nyabar-nyabar nak makan durian, buat ape dijolok, derian tu, kot ye pon nak makan durian, tunggu2 lah die gugur..." pot, pet, pot, pieet...



Ok aku mengarut. Masalah hempap tak hempap ni tak ade kena mengena ok. Back to our topic..
mengikut kefahaman aku, maksud ayat tu is more sinonim dengan ayat "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,.." ok, sekarang faham apa maksud dia kan?.


Jom kita olah kan semula ayat tu sekejap,,erm, 
Mengikut kefahaman aku lah maksud dia lebih kurang macam ni, bila kita dah ada orang yang sayang,suka or cinta pada kita, hargailah dia, tak perlu pergi kat orang lain. Mungkin dia tidak sehensem my Aaron Aziz ataupun tak secantik Lisa Surihani, tapi dia lah orang yang selama ni ada di sisi sama ada kita dalam kesusahan mahupun senang. Bila dia ada kat depan mata, buat-buat tak nampak, pulun laa pegi kat orang lain, pergi gak cari lagi yang lain. Sedangkan orang tu kita tak pernah tahu pun hati budi dia, siapa diri dia yang sebenar.


Tapi bila dia tinggalkan kita, dia pergi kat orang lain yang lagi hemsem/cantik atau lagi baik dari kita,atau yang amat pedihnya, dia pergi kat orang yang dia lebih sayang selama ni,,(so,selama ni? aku ni ape?) haa... and masa tu, kita dah kecewa gila tahap menonggeng gila gaban punye, time tu baru  lah nak terfikir, and nak cari orang yang selama ni selalu ada dengan kita tak kira masa kita menangis ataupun gembira. Tapi masa tu, dah tak guna, kalau muka tebal macam dinding A' Famosa yang teguh sampai hari ini tu, boleh la kau nak pergi menebeng kat dia menagih kasih. Masa tu baru kita akan fikir semula betapa jahatnya kita, masa kita senang, kita tinggalkan dia,.menyesal pun dah tak guna. Nasi dah jadi bubur, so better jauhkan diri dari dia, muhasabah diri, cari apa salah diri sendiri and lupakan apa yang dah berlaku.. Bila semua keadaan dah tenang,buat macam tak ada apa-apa berlaku..


Ok, sebelum tu nak bagitau aku bercakap bukan dasar pengalaman ok?..tapi berdasarkan "pemerhatian" aku. Korang jangan salah anggap, hehehe.. aku tahu kisah ni kisah sedih sebenarnya, (sedih ke?,,ataupun sesalan?) cuma orang yang pernah laluinya saja akan faham apa yang cuba aku sampaikan..


*p/s; sayangilah orang yang menyayangi kita, bukan sayang kepada orang yang kita suka,,kerana tak mustahil suatu hari orang yang kita suka akan tinggalkan kita kerana orang yang dia sayang.. renung-renungkan dan selamat beramal..

Friday, 9 September 2011

Menunggu - Zivilia Band


Video beserta lirik. Lagu ni sumpah sedap didengar. Best gile. Aku suka sangat dengar lagu ni..aku pun tak tahu kenapa aku sukakannya.. Mungkin ada makna disebalik lagu ni kot?.
Kalau nak tahu kenapa lagu ni best gile,,kena hayati lirik dia sendiri baru faham..

Aku perlukan seseorang untuk sama-sama faham lagu ni...huhuhu,, "seseorang?" urmm