Tuesday, 27 September 2011

Akak, akak dah kahwin ke?

Assalamualaikum..

Tengahari tadi, aku nak balik lah rumah sekejap, nk makan, nak sembahyang zohor. 
Sebab dah pukul 1 kan. Aku singgah kat kedai makan ni,
 aku memang selalu beli makanan kat kedai dia.
Tengah aku pilih-pilih lauk tu, 
tiba-tiba ada seorang budak perempuan ni (anak tokey) yang jual tu tanya kat aku 
"kak, kak dah kahwin ke?"..
erm?? Tercongang den dia tanya soalan sebegitu rupa. 
Aku pun cepat-cepat senyum dengan semanis-manis muka, 
"eh, tak..bujang lagi, hehehe.."(tersengih aku mcam kerang busuk di situ)
"oo..." budak tu pun tersengih je. Dan berlalu tanpa rasa bersalah.
Aku pun meneruskanlah sesi memilih lauk aku. Then bayar dengan harga RM 4.00.
Lah?? Kalau disebabkan aku bujang dapat diskaun takpe lah jugak.
 Ini takde pape berlaku pun dengan jawapan bujang aku tu??
Setakat tanya saja, buat apa. 
Kotla dia nak offer kat abang dia yang hensem ke? (untung laa) 
sebab muka budak perempuan tu cantik, kalau ada abang, mesti hensem kan??
 Okay, just kidding..

Aku sebenarnya terfikir, aku ni nampak tua sangat ke 
yang sampai ada orang nak tanya aku ni dah kahwin ke belum?
Badan aku ni, nampak sangat tak solid ke? Nampak macam orang kahwin ke?
Nak je aku sound budak tu tadi. Tapi aku masih boleh cover ayu lagi.


Adik, lain kali tolong jangan tanya soalan macam tu lagi ya?..
akak tak suka, jatuh saham akak.
Lain kali, meh nak ajar, nak sopan lagi, tanya lah, suami akak mana?..
Tak pernah nampak akak dengan suami pun?..
Haa, macam tu..Adtoii itu pun mahu ajar ka..

Dah tentu lah kau selalu nampak aku beli nasi sebungkus je, 
kalau aku dah kahwin mesti aku beli dua ke tiga bungkus ke, untuk anak-anak aku sekali.
Ecewah..silap-silap, kalau aku dah kahwin, takdanya aku beli kat kedai kau,
Komfom aku balik masak je untuk laki dengan anak-anak aku. 
(Ini bukan ayat cover okay,ia datang dari hati ku yang ikhlas,suci dan murni, emm)


No comments:

Post a Comment