Tuesday, 13 September 2011

Kisah Durian

Assalamualaikum...
Sape suka makan durian sila angkat tangan macam ni...


TARAAA....!!!! durian! sedapnyee nyum, nyum.....perghh


Aku suka (la jugak) makan durian ni, tapi tak lah fanatik sangat dengan durian-durian ni,makan dua ke tiga ulas je cukup lah bagi aku. So sape nak kahwin dengan saya tak perlu bimbang sama ade die makan ke tak makan ke durian ni, aku tak kisah sangat pun, sume pun boleh layan punye maa...hehehe, (OK i promote diri) tangan di dada, mata juling ke atas :P

Actually bukan masalah suke atau tak suke makan durian yang aku nak bincangkan pada entry aku kali ni,but, it's all about this word...

"Kalau nak jolok buah durian, biarlah yang tua, kalau salah jolok nanti, 
takut terjolok yang muda..."

Korang faham tak ayat kat atas ni?. Lu tau?. Lu tau?. Lu tak tau maa...Sebenarnya aku pun tak berapa nak faham, actually ada la seseorang ni yang ngajar aku ayat ni, siapa dia tu, korang tak perlu tahu kot, biar aku je yang tahu,,hehehe, tak payah susah-susah fikir, nak nongkat-nongkat dagu fikir siapa orang yang aku maksudkan, ok?? and kalau ada sape-sape rase dialah orangnya, sila senyum sampai ke telinga..and sila nampakkan muka anda yang sangat manis tu..(ok, mcm tuu, i like!) huhuhu (dalam hatiku berkata, ade ke orang yang nak tahu??) huhuhu

Puas aku memikirkan maksud ayat kat atas ni. Iyelah, durian kan, mana ada orang jolok?,,nak mampus? buatnye hempap atas kepala, tak pasal-pasal masuk ICU. Lebih baik masuk hospital sebab terlebih makan durian daripada masuk spital sebab kene hempap durian yang "dijolok"....hahaha, mak ngan abah aku mesti akan cakap,,,"aiii,, tak nyabar-nyabar nak makan durian, buat ape dijolok, derian tu, kot ye pon nak makan durian, tunggu2 lah die gugur..." pot, pet, pot, pieet...



Ok aku mengarut. Masalah hempap tak hempap ni tak ade kena mengena ok. Back to our topic..
mengikut kefahaman aku, maksud ayat tu is more sinonim dengan ayat "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,.." ok, sekarang faham apa maksud dia kan?.


Jom kita olah kan semula ayat tu sekejap,,erm, 
Mengikut kefahaman aku lah maksud dia lebih kurang macam ni, bila kita dah ada orang yang sayang,suka or cinta pada kita, hargailah dia, tak perlu pergi kat orang lain. Mungkin dia tidak sehensem my Aaron Aziz ataupun tak secantik Lisa Surihani, tapi dia lah orang yang selama ni ada di sisi sama ada kita dalam kesusahan mahupun senang. Bila dia ada kat depan mata, buat-buat tak nampak, pulun laa pegi kat orang lain, pergi gak cari lagi yang lain. Sedangkan orang tu kita tak pernah tahu pun hati budi dia, siapa diri dia yang sebenar.


Tapi bila dia tinggalkan kita, dia pergi kat orang lain yang lagi hemsem/cantik atau lagi baik dari kita,atau yang amat pedihnya, dia pergi kat orang yang dia lebih sayang selama ni,,(so,selama ni? aku ni ape?) haa... and masa tu, kita dah kecewa gila tahap menonggeng gila gaban punye, time tu baru  lah nak terfikir, and nak cari orang yang selama ni selalu ada dengan kita tak kira masa kita menangis ataupun gembira. Tapi masa tu, dah tak guna, kalau muka tebal macam dinding A' Famosa yang teguh sampai hari ini tu, boleh la kau nak pergi menebeng kat dia menagih kasih. Masa tu baru kita akan fikir semula betapa jahatnya kita, masa kita senang, kita tinggalkan dia,.menyesal pun dah tak guna. Nasi dah jadi bubur, so better jauhkan diri dari dia, muhasabah diri, cari apa salah diri sendiri and lupakan apa yang dah berlaku.. Bila semua keadaan dah tenang,buat macam tak ada apa-apa berlaku..


Ok, sebelum tu nak bagitau aku bercakap bukan dasar pengalaman ok?..tapi berdasarkan "pemerhatian" aku. Korang jangan salah anggap, hehehe.. aku tahu kisah ni kisah sedih sebenarnya, (sedih ke?,,ataupun sesalan?) cuma orang yang pernah laluinya saja akan faham apa yang cuba aku sampaikan..


*p/s; sayangilah orang yang menyayangi kita, bukan sayang kepada orang yang kita suka,,kerana tak mustahil suatu hari orang yang kita suka akan tinggalkan kita kerana orang yang dia sayang.. renung-renungkan dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment