Sunday, 30 October 2011

Three, Two, One..Chees

Tolong... aku ingat nak beli kamera,tapi tak tau nak beli kamera apa. DSLR ke? Ow, tak mungkin, tak tercapai akal, kauu. Yang aku perlukan dan mampukan cukup sekadar compact camera.

Tapi compact camera cap apa yang ok ekk?..em..tapi tak boleh membazir, tabung nak kawin pun tak penuh-penuh lagi. Itu pun dok harap duit syiling. Kalau gitu mana gaya nak kawinnya cik Dibah weii. Alamat tak kahwin lah aku. Ahh lambat lagi nak kawin, apa? lambat lagi!


Ow man! jatuh cintanya aku!!
Sabar ye cik Dibah,jangan membazir, simpan duit yee.
Sabar, sabar.. huuuh!
Tapi mengikut sumber, kalau nak belil kamera better beli camera cap Nikon.
aku pun tak tahu lah sumber tu betul atau tak. Aku rasa kamera kat video atas ni, hanya mampu dalam mimpi je kot?. hwaaa...
Takpe Dibah, kita cari yang lain ye?.

Saturday, 29 October 2011

Single is Simple..

Assalamualaikum
Aku rasa semua orang pernah merasa kan yang korang suka kat seseorang tapi memikirkan macam terlalu cepat untuk diluahkan rasa suka tu pada dia, maka korang pendamkan saja sampai jadi pekasam, sampai dia dikebas orang, sampai korang berputih mata. Pernah tak rasa? Aku tak pernah rasa ok..hukhuk!

Bukan saje-saje perasaan macam tu akan timbul. Mungkin ini adalah antara sebab-sebabnya. Jom, cekidaud!

Tak Setaraf

Tak setaraf ni ada banyak ketegorinya. Tak setaraf dari segi pelajaran ke, rupa ke, harta ke, agama ke, sedara mara dia ke, erk jadahnya nak setaraf dengan sedara mara pulak kan?. eh betul gak, aku baca kat dalam buku agama, nak cari calon isteri, kena cari yang subur, so nak tau dia subur ke tak, buku tu tulis, buku tu tulis tau. Kena tengok sedara mara dia ramai perempuan ke, adik beradik dia ramai ke tak. Urm, macm tulah lebih kurang yang aku baca. Okay, abaikan, takde kena mengena. Tapi part yang setaraf tak setaraf ni, kita mesti akan macam "Alaa.. dia hensem, mana lah nak pandang muka aku yang tak seberapa ni.." Tak pun, "Perh.. anak orang kaya beb! dahla hensem, kacak bergaya, pakai kereta mata belalang siap ada kening. Takkan la nak mandang perempuan pakai motor macam haku ni.." Tak pun, "Erm, tak mo aku, tak mungkin dia dengan aku, dia tu cikgu belajar tinggi menara gading, aku ni setakat menara daging jek boleh la.." dan sebagainya. Mesti akan keluar ayat-ayat macam ni kan? kan? kan? kan? Yang akan menyebabkan akhirnya korang akan macam "Ermm.. takpelah, tak mungkin kot aku dengan dia.."

Takut mencuba

Perasaan yang korang simpan dan tak terluah tu jugak mungkin boleh disebabkan oleh perasaan takut mencuba. Macam aku takut nak mencuba makanan Jepun, macam sushi ke wasabi kejadahnye entah apa ntah lagi, semacam jek aku tengok? Okey takde kena mengena. Macam tu jugak kot korang takut nak mencuba. Tak salah kan sebenarnya kalau mencuba?. Belum cuba belum tahu. Tapi yang salahnya apabila korang rasa frust menonggeng gila babi lepas dah mencuba tu. Memamglah sakit, tapi nak buat macammana, Itu adalah risiko yang perlu korang tanggung lepas dah mencuba. At least, kalau taknak cuba dirrect pun, tak salah kot bagi hints bagai nak gila. Hints tu kalau orang belah sana tak faham-faham, atau buat-buat tak faham, okay tak payah susah payah nak teruskan. Maknanya, dia memang taknak lah tu. Huaaaaa..



Taknak buang masa

Sebenarnya aku rasa ramai jugak yang rasa macm ni. Macam sesetengah orang, ok termasuk lah aku, yang berangan nak kahwin cepat tapi mak tak bagi. Aku selalu je rasa cam taknak couple. Bukan masalah couple tu haram ke ape ke. Cuma aku rasa bercouple ni buang masa. Aku taknaklah buang-buang masa nak couple-couple bagai ni. Yelah, cuba bayangkan. Aku couple tahun ni, tup-tup tak sampai setahun, aku clash. Sayang dah gila dah ni, tapi sebab dah clash, maka kecewa yang tersangat amat yang ya Rabbi tak payah cakaplah. Okay, lepas kecewa mesti rasa susah nak move on kan dan tersekatlah dalam fasa aku-tak-percaya-cinta selama err dua tahun. Mak aih, bercinta tak sampai setahun, kecewa sampai dua tahun. Betul punya kecewa + setia tu. Okay dah taknak move on dekat dua tahun, pastu baru nak mula belajar bercinta balik tahun ketiga. Masa tu semua membe dah membawa perut yang memboyot, sibuk kendong anak dua-dua belah tangan, berbahagia dengan suami dan anak-anak. Dan aku? Termenung? Baru nak menggatal bercinta konon-kononnya aku remaja? Gila ke hape. So, sebab tulah sesetengah orang, macam aku beranggapan couple ni buang masa, kot? Kalu boleh nak bercinta lepas kahwin. Mesti sweeet kan?..ermm


Jodoh ke?

Dalam setiap solat, tak salah kot kalau kita doa supaya kita dijodohkan dengan orang yang kita suka tu. Yelah korang dah gila ke nak bagitau kat lelaki yang korang suka tu macam.. "Aaron, sebenarnya I dah lama suka kat U.."  tak pun.. "Kalau kau nak tau, aku dah lama suka kat kau tau, kau je yang buat-buat tak tahu.." hello, kalau dia memang tak ada apa-apa perasaan LANGSUNG pun kat korang selama ni, tak ke malu muka dibuatnye? So, inisiatifnya, hanya mampu berdoa kepada Nya, harap-harap dibuka mata, hati, mata hati, lapang dada, bagi dia nampak sikit hint-hint yang korang susah payah bagi, tapi dia tak paham-paham jugak tu kan. So, sebagai perempuan, kita kena pertahankan maruah wanita kita ni, biarlah lelaki yang start dulu kot, bila betul dia kata suka, then dalam hati melonjak kegembiraan, tuhan aje yang tahu, (haa kau ada??). korang teruskan lah. Kalau takde, lupakan jela. Cari ajelah yang lain, urm..


Jadahnya aku nak tulis bebanyak, hihihi..sebenarnya aku tengah runsing dengan perasaan sendiri,  aku takut aku kecewa satu hari nanti. Dah kalau dah tetiap ari ingat kat dia, senyum berangan sensorang, canne?  Tapi, itulah. Benda macam susah tapi mudah je sebenarnya. Aku cuma boleh  berdoa yang dia pun ada rasa yang sama walaupun tak diluahkan. Dan kalau dah macam tu ceritanya, apa lah salahnya awak masuk je meminang saya, kita bina hidup bahagia sama-sama, insyaAllah. Hikhik. Aduuh, gatal sial aku! haha

Cinta itu hadir tanpa perlukan sebab. Ayat ni macam klise, tapi bila ia berlaku, kita takkan mampu menahannya mahupun memaksanya. Dan kalau cinta itu tiada, ia sebenarnya bukan hilang, tapi ia sebenarnya memang tak pernah ada. Mungkin yang ada selama ni, hanyalah pura-pura.

heerm,, payah jugak kalau yang aku mampu buat hanya memeluk mimpi..


Sunday, 23 October 2011

Jom Jalan-Jalan : Sunway Lagoon

Assalamualaikum

Al kisah, seminggu aku kerja dengan penuh berdedikasi (dedikasi lah sangat). Kerja kalau kerja aku takpe lah jugak. Ini tidak, kerja yang entah apa-apa, korang pernah dengar fitik? Sure tak pernah. Kerja macam aku je yang tahu apa itu fitik memfitik. Ok. Kerja iron alas meja, iron sarung kerusi banquet, what? jadah-jadah tu pon nak kena iron ke? erm..itulah. Benda pelik macam tu, tak jumpa dalam pekerjaan lain. Kerja macam aku je yang jumpa. Kerja apa?..ha lu pikir la sendiri. Sampai teriron tangan aku korang tahu? Ada diorang kisah? Takde bro. Entah apa-apa kan? kan? kan? Ha eww, tolong lah. Disebabkan nak iron benda-benda jadah tu, kerja-kerja aku kat pejabat tertunggak. Macam haram, apa? macam haram..

Okay, stop toking ebaut det. Mental aku dibuatnya. Aku taknak mengulas lanjut pasal semua ni. Kang tak pasal-pasal blog aku kena saman (bajet blog aku femes). So, untuk melupakan segala penat lelah tu, maka aku mengambil inisiatif untuk mereleaskan tension aku dengan berjalan-jalan. Jom jalan-jalan!



So, di pagi Sabtu yang indah nian, tepat jam 0900 kami pun bergerak ke Sunway Lagoon. Dah lama tak jumpa Ika member ak yang sorang ni. Nama je duduk kat KL, macam lah jauh sangat, itu pun payah benar nak jumpa. Sebenarnya dah lama kitorang plan nak keluar jalan-jalan sama-sama. Maklumlah, busy. Orang bekerja, ecewah! Baru sekarang kami berkesempatan nak keluar berjalan-jalan bersama. Aku pun gila lama tak pergi berjimba-jimba.

Bila dah sampai kat Sunwaay Lagoon lebih kurang jam 1100 macam tu sebab tolak masa makan setengah jam. Aku ni dah terkinja-kinja punye excited nak main game-game kat dalam tu. Pastu bergamba sana-sini (aktiviti wajib bila 'melancong'). Bestnya, bestnye! sekali sekala dapat pergi tempat macam ni terjerit-jerit sana sini macam orang gila. Sakit tekak, tapi syiook sangat-sangat.



Kat dalam tu ada taman safari (Sunway Wildlife), rumah hantu (Scream Park), haha sory Ika sayang baju kau hampir koyak kena tarik dengan aku dan Conie. Pas tu cik Conie sayang, you pijak kaki I okay. Sangat sakit, biru ibu jari kaki aku, pergh!! Sakit siot. Takut hantu bodoh tu punya pasal. Padahal hantu tu bukan buat apa kat kita. Sengal. Dah penat menjerit dalam tu macam orang gila, sampai nak semput aku dibuatnya, kami pun naik buaian (macam eye on Malaysia), Roller Coaster, Tukul (aku tak naik pun, fobia dol), macam-macam lah lagi. And yang paling seronok, kitorang mandi-manda. Main air puas-puas. And acara kemuncak kita, jalan di Jambatan Gantung, pas tu naik Flying Fox, sebelum tu berkenalan dengan mamat Negro dulu, dah habis berkenalan, cong cong Negro tu sikit, kami pun dilepaskan sorang demi sorang, yuhuu!! Sangat sangat best. Terbaeek!, Kitorang menjerit macam Sunway tu kami yang punya. Memang jakun gila lah kan. Tapi dia punya best memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. 


Lily aku dan Conie

pintu masuk rumah hantu

Sunway Wildlife

my BFF

Okay cukup, jom story pasal bajet 2012. Ehh silap., destinasi budget:



Tol : RM 2.20
Minyak Kereta : RM 20 (share 4 orang jadi sorang RM 5)
Tiket : All Parks RM 85, boleh main semua game kat dalam tu
Pelampung : RM 30 (pulang pelampung balik semula dapat RM 15)
Loker : RM 5 (kongsi 1 loker, 2 orang)
Minum : Air tebu secawan (RM5), ice blended secawan (RM 6). Minum share-share (sharing              is caring) ;)
Makan : Marrybrown (RM17) - ayam 2 ketul, colslow, kentang putar, air pepsi secawan.
* makanan dan minuman tak dibenarkan bawa masuk. So, nak taknak korang kena beli kat dalam ni, mahal nak mampus, tapi takkan korang nak kebulur tengok orang makan kan?


So,jumlah semua sekali dalam RM 122.00 sahaja.


Nak memudahkan kerja, kami collect duit sorang RM 100. RM 85 duit tiket, belen RM 15 kami buat beli air minuman, loker dan pelampung. Duit makan, keluar masing-masing. Aku punya makanan RM 17. And RM 5 pulak duit minyak kereta.


Ambik kau, sekali keluar duit sampai seratus lebih. Takpe bagi aku, sesekali berhabis duit macm ni takpe, janji puas hati. Bukan selalu, kalau selalu, kopak mak dek oii. Sunway Lagoon adalah tempat yang paling sesuai sangat untuk releas tension. Hilang and lupa sekejap segala jenis tension. Serius. Tak caye korang pergi lah.


Lagi best! o o o..!


Lupa nak ambik gamba kereta Conie. Aku google je gamba kereta dia. Kami naik kereta macm ni lah. Sebijik kau. 

Monday, 10 October 2011

Suasana Baru Yang Amat Scary and Seronok...

Assalamualaikum,

Bermula daripada hari ini, aku akan memulakan suasana kerja yang baru .
And mungkin kehidupan yang baru juga. muka ada senyuum+syukur
Kenapa aku seronok sangat? Sebab, lepas ni aku dah tak kebosanan lagi 
duduk di cawangan yang amat senang dan amat membosankan.

Kau nak pegi mana? Kena posting ke?
Hello..? Aku masih disini, tak ke mana pun, 
korang akan tetap tengok muka aku yang cun melecun ni. Jangan risau. 
Cuma 'suasana' kerja aku saja yang baru.
Ish korang ni, kalut! (macam lah orang kisah sangat)

Lepas ni mungkin kehidupan aku akan berubah dengan drastiknya. (sedikit risau di wajah)
Sebab aku akan bekerja di cawangan yang agak sedikit busy super duper busy sebenarnya
Apa tidaknya, selama ni aku duduk kat tempat kerja 
yang agak senang gila. 'super duper senang' 

So, babe .. Welcome to your new life...
adakah ayat diatas untuk menganjingkan diri sendiri??
Oh tidak, ayat ni untuk menaikkan semangat aku sebenarnya..
Semangat zaman!!!
hahahaha



Saturday, 8 October 2011

Tolong Jangan Jatuh Cinta

Assalamualaikum

Firstly, aku nak minta maaf entry ni bukan untuk menyakiti sesiapa. Tapi aku cuma ingin mencari tempat untuk melepaskan apa yang aku rasa.

Kau tak pernah faham. Kau seksa aku. Kau seksa aku secara batin secara dalaman. Kau buat aku menangis kerana kau, hingga aku tak ada air mata lagi untuk menangis. Kau tahu tak tu? Ya, engkau lah. Bekas kekasih. Engkau, engkau yang aku sayang sepenuh hati aku dua tahun dulu. Kenapa kau tak pergi je dari ingatan aku? 

Kerana kau aku tak dapat terima lelaki lain dalam hidup aku. Ya kerana kau aku tak percaya pada lelaki lain. Kerana kau juga aku cuba-cuba terima orang lain walaupun aku tahu hati aku tak boleh terima mereka. Tujuannya cuma satu, untuk aku melupakan kisah kau dan aku. Kerana kau jugalah aku tinggalkan mereka. Maaf kepada orang yang aku rapat, kemudian aku pergi. Aku tak mahu menyakitkan hati korang semua. Aku tak mahu jadikan korang tempat aku melepaskan kesakitan aku, lalu aku pergi. Aku juga tak mahu korang menaruh harapan kepada aku. 

Kau tahu? Kerana kau aku pernah terfikir untuk menjadi seorang playgirl? Aku pernah terfikir yang diri aku ni tak layak untuk semua orang?   Kau tahu tak kerana kau aku fikir aku ni tak berguna? Kau pernah tahu tak kerana kau juga aku rasa maruah aku kat bawah tapak kaki kau? Kau tahu tak betapa peritnya aku rasa masa tu? Kau tahu tak semua tu?

Aku bukannya tak mahu terima kenyataan, kalau boleh aku nak buang terus rasa dan ingatan aku pada kau. Macamane aku rasa macam nak hantukkan kepala aku ke dinding, sampai aku hilang ingatan. Aku rasa macam nak baring atas rail keretapi biar aku kena langgar. Tapi aku masih waras. Kau sedap-sedap gembira dengan kekasih hati kau, kenapa perlu aku buat semua tu? Untuk sekali lagi kau ketawakan kebodohan aku?.

Secara jujurnya, aku tak pernah sayang mana-mana lelaki macammana aku sayang pada kau. Kau cinta pertama aku. Kau tahu tu kan? Menjadi gila hanya kerana kau. Buat benda bodoh hanya kerana kau.  Aku tak salahkan kau atas semua yang berlaku. Aku salahkan diri aku kerana jumpa kau dahulu.

Aku salahkan diri aku kerana cuba menjadi seseorang yang 'perlu' kau cintai. Maafkan aku juga kerana mungkin aku adalah orang yang cuba merosakkan hubungan kau dengan orang yang kau lebih cinta. Aku salahkan diri aku sendiri kerana menggilakan seseorang yang belum pasti sentiasa disisi selama-lamanya. Aku salahkan diri aku kerana jatuh cinta.

Aku kembali kepada-Nya kembali kepada Yang Maha Agung. Terima kasih kerana kau aku rapat dengan yang Mencipta. (Alhamdulillah) Aku lalui hari-hari mendatang keseorangan. Aku akui sangat susah untuk menerima orang lain walaupun ada yang cuba mengetuk pintu hati ini. Sesungguhnya, walaupun kau masih ada dalam ingatan aku, tapi kau sudah tak ada tempat di hatiku.  Semoga kau bahagia dengan pilihan kau.

Aku akui pintu hatiku sudah mula dibuka untuk seseorang. Tapi aku tak tahu samada dia merasakan yang sama ataupun tidak. Sedikit demi sedikit ingatan aku pada kau mula hilang. Tapi aku sering mengingatkan diri sendiri supaya tidak menyayangi orang lain melebihi diri sendiri. Itu juga disebabkan kau. Aku berharap dia bukan seperti kau. 

*p/s: jangan jatuh cinta atau menerima cinta kalau belum bersedia. Sebab kau akan seksa orang yang benar-benar jatuh cinta dengan kau.

Sunday, 2 October 2011

Saya suka awak. Awak tahu tak tu?

Assalamualaikum


Aku tahu bila baca tajuk je, macam tak best je nak baca. Sebab baca tajuk entry pun macam good-good je kan? Okay, lantak aku lah, suka hati aku lah nak tulis apa pun. Korang sibuk kenapa? "Nko ade?"...

Ramai orang lelaki cakap susahnya nak memahami perempuan,. sebab apa lelaki cakap macamtu? Sebab orang lelaki ni kebanyakannya selfish, bodoh, lembap, semuanyalah. Perh agak kurang ajar gila mulut aku kan? Padan muka korang lelaki sekalian yang ada. Sebab tu yang payah sangat nak faham hati seorang perempuan yang sangat halus dan sensitif ini. 

Aku nak beritahu lah kan orang perempuan ini, dia tak akan beritahu secara terang-terangan kalau dia minat or suka pada seseorang lelaki tu. Okay lelaki-lelaki, memandangkan korang ni lembab, and memandangkan aku ni baik hati, aku nak kongsi lah kat korang tanda-tanda yang seseorang perempuan tu suka kat seseorang lelaki tu.

Bila ciri-ciri yang dia nak, ada pada korang
Seperti korang sedia maklum, most of perempuan suka listkan ciri-ciri lelaki idaman, ciri-ciri suami idaman, or ciri-ciri prince charming diorang. Macam-macam ketegori ciri bagai lah kan.  Iya lah selama harini, lelaki-lelaki yang dia jumpa semua tak ada ciri- ciri yang dia nak langsung. Tapi bila dia kenal korang, tengok pulak ciri-ciri yang dia NAK tu ada pada korang. Contohnya, aku bagi contah ye. Firstly, tak merokok (*take note) ingat senang nak cari lelaki tak merokok?,perh kalau ada memang aku tak lepas, rupa pulak kira ada iras Aaron Aziz, kira macam, orang cakap tu tak segan lah nak bawak berjalan kan, kira market la jugak (tak hensem sangat, tak hodoh sangat). Tengok pulak dari segi kewangan korang yang boleh di kira agak stabil, pemikiran yang matang tak sebanding dengan umur (umur 23 pemikiran jauh melangkau ke 30) maybe?, and seorang yang tak tinggal sembahyang, kalau ahli masjid tu kira memang boleh dikatakan market gila lah kan. Okay itu adalah sebahagian dari "ciri-ciri" yang most of girls-girls yang selalu listkan. Macam tau-tau je kan? Memang lah aku tahu, dah aku ni perempuan.


Okay, bila korang adalah seorang lelaki yang ada "ciri-ciri" yang diorang nak, aku boleh jamin perempuan tu akan minat kat korang on the spot bro. Tapi iya lah, perempuan kan, of kos diorang malu nak beritahu yang dia minat kat korang. Kami ada maruah. Takkan nak jadi perigi pulak terhegeh-hegeh nak cari timba. So, apa yang diorang akan lakukan adalah diorang akan selalu perhatikan korang, sehari tak tengok korang, rasa macam hari dia tak lengkap. Walaupun dapat wish good morning atau say 'hi..' dari korang pun dah cukup bagi diorang. 

Bila dia banyak luangkan masa dengan korang
Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada seorang perempuan yang sanggup tinggalkan kerja dia yang amat penting just untuk pick up your calling?. Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau seorang perempuan yang berkerjaya (macam aku) ni angkat call korang pada tengah malam di saat dia nak melelapkan mata kerana penat bekerja seharian? Korang tahu tak tu??..


Ya Allah korang kena sedar nak-nak bila perempuan tu tengah baru je nak lelapkan mata kerana keletihan yang amat sangat, tiba-tiba ada call masuk. Rasa macam nak herdik,caci maki je siapa yang call dia tengah malam buta ni. Agak, tak reti nak tidur ke?. Tapi bila dia pick up call korang, suara jadi lembut. Korang pulak boleh buat-buat tanya, dah tidur ke?..Kepala otak kau, dah pukul 1 pagi, burung hantu je yang tak tidur time-time macam ni. Tapi dia cakap takdelah, belum tidur lagi tengah dengar lagu je..

Kalau korang lah kan,mata dah kuyu habis ni, sanggup ke korang jawab call yang korang dah tahu tak ada tujuan tu? Tapi once dia boleh jawab call korang and jawab belum nak tidur lagi (??) itu makna nya dia utamakan korang dari masa tidur dia.
Dan biasanya, kalau seorang perempuan tu suka kat korang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk luangkan masa untuk korang. Tak kiralah situasi apa sekalipun, paling tidak pun masa nak brekfast atau lunch mesti dia akan text kat korang jom makan? Itu maknanya dia ingat kat korang setiap masa. 

Bila perempuan tu perasan benda-benda yang kecil yang korang buat
Kadang-kadang perempuan bila bergayut dengan pakwe dia. Diorang bukan dengar sangat butir kata-kata yang korang sembangkan tu. Kadang-kadang gadis sensitif macam aku ni cuma nak dengar suara dia, cara dia bercakap, cara dia menerangkan sesuatu yang kita tak faham dan sebagainya. Macam aku, aku cuma suka dengar dia bebel sebenarnya. Dengar dia ketawa sensorang, then ikut sama bila dia tergelak. Comel sangat.

Then cara dia menamatkan sesuatu perbualan. Contohnya bila dia say 'byee..' di hujung talian. Dengan nada yang sangat manja. Perh cair aku mendengarnya nok.


Bila korang diam seribu bahasa, dia akan bertanya
Kalau dah setiap masa korang ingat kat dia, then text/call dia dari celik mata sampai dia nak tutup mata balik semula. Gud morning to gud nite. Korang rasa apa dia akan kata bila dalam satu hari tu tiba-tiba korang senyap, silent. Phone dia tak berbunyi pun ringtone yang dia khaskan untuk korang. Yelah, kenyataannya, lelaki memang cepat bosan. Biasalah, dah namanya pun lelaki kan? Mana boleh hidup tanpa seorang perempuan disisi (macam gampang). Semua lelaki sama je. Tak payah korang nak menafikan lagi. Lelaki kan selfish. (*jeling maut)


Of kos dia pulak yang akan call korang, then bertanya kenapa harini takde dengar pun ringtone awak?.. See? dia akan tanya punya. Bila dia bertanya macam tu, korang kena sedar yang dia suka korang call dia, dia suka korang text dia. Bila diorang suka, itu bermakna masa depan korang cerah dengan dia. Aku nak beritahu satu tips lagi ni. Seorang perempuan tak akan melayan call atau text yang sehari suntuk kalau dia tak suka dengan si pemanggil tu. So, bila dia dah bagi green light macamtu, korang pulak jangan lah jadi bodoh, sia-siakan dia. Dah korang dapat dia, dia dah feeling kat korang, korang tinggalkan dia macam tu je. Sial lah tu nama dia. Sebab sekali hati perempuan dah terluka, amat susah untuk dirawat. Remember that.

Dia akan simpan semuanya yang berkaitan tentang diri korang
Setiap SMS/MMS yang korang kirim pada dia, dia takkan buang. Dia akan save kat phone dia tu. Walau berat mana pun memory dia, dia hanya akan buang SMS kawan-kawan dia dan yang tinggal hanya SMS dari korang je. Kalau korang send gambar kat dia, seboleh-bolehnya juga dia akan save gambar korang. Walaupun muka korang tak hensem. Percaya lah. Segala-galanya tentang korang dia akan ingat even birthday korang pun dia akan save kat kalender dia. Kalau korang tak percaya korang ceklah kat phone dia.


Kalau korang perasan, sometime bila korang main massage, mesti tetiba ada terselit perkataan sayang dari dia. Betul tak?. Bagi sesetengah perempuan yang setia macam aku, dia takkan panggil seorang lelaki dengan panggilan sayang sewenang-wenangnya kalau hati dia tak suka pada lelaki tu. Dia takkan tiba-tiba 'terpanggil' sayang.(please highlight this word) Sebab bagi dia, sayang is a very expensive word!

Walaupun dia suka kat korang, segala tindak tanduk korang sedang diperhatikan
Bagi perempuan, tak ada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan. Begitu juga lelaki. Kalau boleh bila dia dah suka kat seorang lelaki, dia berharap supaya lelaki yang dia suka tu akan sayang pada dia. Dan bukan untuk dipermainkan perasaannya. 

Bila diorang dah suka pada seorang lelaki, dia akan berfikir bahawa hidup dia hanya ada si lelaki yang berjaya membuka pintu hati dia. Bagi seorang perempuan yang setia dan berfikir jauh ke depan macam aku, dia tak ada masa nak cuma berkawan kosong. Kalau boleh apabila terjalin hubungan rapat antara lelaki dan perempuan, biarlah ia berkekalan hingga ke alam perkahwinan.


Dari situ, dia akan mula perhatikan sikap dan perangai korang. Walaupun ketika korang yang nakal tu cuba nak menggatal dengan dia, then dia pun macam ada layan-layan sikit. Korang jangan silap, itu tak bermakna perempuan tu gatal macam korang si lelaki-lelaki gatal ye?. Dia sekadar ingin menguji sejauh mana korang punya tahap kegatalan tu. Kalau dengan dia yang belum ada ikatan sah pun korang menggatal, tak mustahil dengan perempuan lain pun korang menggatal jugak kan?. Kalau awal-awal korang dah tunjukkan kegatalan kemiangan korang tu, jangan harap lah masa depan korang cerah. Rejject terus kot.

Dan kesimpulannya, seseorang perempuan itu MUNGKIN sukakan korang kalau dia buat benda-benda yang aku tulis kat atas ni. Persoalannya, lama mana dia akan sukakan korang kalau korang mengada-ngada nak tunjuk ego korang yang kononnya tinggi sangat tu?..

Saturday, 1 October 2011

Kenapa La Yang Korang Takut Sangat Nak Naik LRT?

Assalamualaikum

Cik-cik abang mengada dan cik-cik adik yang manja yang tak pernah naik LRT,.

Suddenly-suddenly phone aku berbunyi, aku amati nama kat skrin phone aku, tengok-tengok kawan lama aku. Yang pastinya perempuan lah. Ish, bia betul, gila lama dia tak call aku. Ada apa hal kan? So aku pun angkat la, well seperti yang dijangka, mesti ada something. Macam biasa, bila dia di dalam kesusahan, dengan suara yang agak menggelabah, pang pung pang, rupa-rupanya dia nak mintak tolong aku ambik dia kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) lepas tu tolong hantarkan dia dekat Hentian Duta sebab dia nak balik ke Taiping. Emm kisahnya.

Okay lah tu, aku pun dengan hati terbuka dan ikhlasnya nak hulurkan beban ringankan tangan. Eh silap, hulurkan tangan ringankan beban. Tapi dengan syarat dia kena naik LRT dulu lah dari TBS ke Wangsa Maju. Then baru aku ambil dia dengan motorbike aku (EX 5 je kot). Then hantar ke Hentian Duta. Sebab dari tempat aku nak ke Duta tu taklah jauh mana dah. Kalau nak aku ambik dia kat TBS nuh, memang tak lah,sebabnya iyelah aku ni naik motor je kot. Jauh tu nak ke TBS sedangkan aku nak balik kampung pun berambat naik LRT babe. Tak sanggup aku naik motor jauh-jauh tu. Sakit buntut den. Kalau tidak, apa kejadahnya ada LRT, ada Komuter, train semua tu? Apa kejadahnya kerajaan kita mewar-warkan supaya menggunakan public transport? Haa, inilah guna dia. Masa ni lah nak guna pun.


Tapi itu kata aku, kata-kata seorang gadis perantau yang berdikari macam aku. (Berdikari ke). Tidak pada member aku ni tadi. Dia takut nak naik LRT. Takut sesat katanya. Adoi, sakit jiwa mak bila dengar perempuan cakap macam tu nak, come on lah, be a independent women. Nak di marah karang kata aku ni berlagak taknak tolong member. Padahal bukan payah na pun naik LRT tu. Kau naik jelah, tengok arahan dia, mana train tu nak pergi. Kat tepi-tepi dinding tu ada dia tunjukkan destinasi-destinasi kita nak pergi. Tak tahu tanya orang. Tanya kat abang kaunter tiket tu ke. Sebab tu ada pepatah melayu cakap, malu bertanya sesat jalan. Orang-orang yang ada kat situ, yang naik LRT tu pun kalau kau tak caye, kau tanya lah sekor-sekor ada jugak yang sama nasib dengan kau, baru first time naik. Kalau tak ada first time, tak ada lah next-next time kan?.Okay, pahal lak aku yang over emotional lak ni? Tarik nafas...huuh! kus semangat.


Tengok, makcik-makcik ni pun relax jek naik LRT. Ada nampak muka takut??

Okay, semua itu aku bebel kat dalam blog aku ni je, tak adanya aku bebel kat member tadi tu. Karang terasa pulak. Aku kan baik, hati member kena jaga maa, baru friendship forever. Dah lah kitorang lama tak berhubung. Karang merajuk kan susah. Haii member member.

Tiba-tiba terkenang pulak masa mula-mula aku duduk KL ni. Orang skema cakap KL ni Kuala Lumpur. Pernah ada orang tanya aku, aku nak keluar gi jalan-jalan masa tu. Jalan area mane? Aku pun dengan yakin jawab area Kuala Lumpur lah. Muka diorang dengan gampangnya tahan gelak, dia suruh aku sebut betul-betul, K.L. Bukan Kuala Lumpur ye.? Erm, okay disitu terasa aku ni agak kekampungan. Ah,lantak kau lah (dalam hatiku berkata) padahal malu gila.

Okay lupakan cerita tadi. (Padahal malu nak cerita). Pedulikan lah orang nak cakap aku ni kampung ke apa ke. Memang aku ni orang kampung pun bukan orang KL. Aku pun masa mula-mula nak balik kampung, mulalah gelabah tak tahu nak pergi macamana. Nasib baik aku ada member kampung aku. Nama dia Ika. Hai Ika sayang,,sayang kau!. Okay abaikan. First time aku nak balik kampung, Ika lah tempat aku mintak tolong, tapi dia cuma hantar aku kat stesen LRT je, aku punyalah cuak nak naik, takut sesat, takut kena culik (ada ke orang nak culik aku?), macam-macam perasaan takut ada. Entah apa benda lah aku ni kan?Itu pun nak takut. 


Time tak sesak, korang boleh guling-guling kat lantai dia.

Ingat lagi masa first time aku naik LRT, Ika hantar aku kat stesen LRT Titiwangsa. Ika cakap senang, sebab kalau naik dari Titiwangsa aku akan terus sampai ke Bukit Jalil (TBS dalam pembinaan). See? betapa sayangnya Ika kat aku. Thank a lot Ika cayang. Aku pun beranikan diri naik jugak lah menatang LRT tu. Akhirnya sampai jugak aku kat Bukit Jalil. Apa yang nak ditakutkan. Lepas pada tu Ika nak aku naik sendiri dari Wangsa Maju. Aku pun beranikan diri jugak. Sebab aku sendiri pun fikir, sampai bila aku nak takut? Sampai bila aku asyik nak hidup atas bantuan orang je kan. Nak tak nak aku KENA and MESTI belajar naik menatang tu jugak kan.

Sampai lah ke hari ini, LRT lah transport aku bila aku nak balik kampung. Dari Wangsa maju ke Masjid Jamek, dari Masjid Jamek ke Bandar Tasik Selatan. Pas tu naiklah aku Bas Cepat Express ke Segamat kampungku yang tercinta.

Wangsa Maju - Masjid Jamek - Bandar Tasik Selatan - Segamat

Segamat - Bandar Tasik Selatan - Masjid Jamek - Wangsa Maju

Kiranya LRT ni mainan aku lah kan. Kira dah macam transport personal aku. Ada driver, tempat duduk pun banyak. Panjang gila transport aku kan? 


Gate 1 : kat TBS tempat aku selalu naik bas nak ke Segamat.

Aku pasti and aku yakin ada diantara korang yang memang tak biasa naik LRT ni, ada tu yang tak pernah pun. Naik bas pun tak pernah. Ee, mengada and manja nak mampus. Dengan alasan tak suka lah sesak-sesak ni, ee tolonglah, berlagak gila. Tak kiralah perempuan ke lelaki ke. Habis tu kalau naik kereta kat jalan raya tu tak sesak ke? Jem bagai. Aku pun tak pernah jugak naik bas kat KL ni, tapi naik bas ke Segamat tu selalu lah kan. Sebab destinasi jauh, kalau dekat-dekat ni aku naik motor je. Lagi cepat, boleh nyelit-nyelit. Tapi aku bukan Minah Rempit okay. No no no.


Tak dapat dinafikan memang sesak gila. Kalau yang ada penyakit asma dinasihatkan tunggu next train. Takut pengsan dengan keadaan yang tak selesa macam ni.

Sedang aku berfikir tentang member aku tadi, tiba-tiba satu massage pun masuk kat phone aku. Tak apalah aku naik keretapi. Lah? aku tak boleh nak kata apa lah. Cuma nasihat aku kat dia, nak taknak dia kena belajar jugak naik menatang tu.