Sunday, 23 October 2011

Jom Jalan-Jalan : Sunway Lagoon

Assalamualaikum

Al kisah, seminggu aku kerja dengan penuh berdedikasi (dedikasi lah sangat). Kerja kalau kerja aku takpe lah jugak. Ini tidak, kerja yang entah apa-apa, korang pernah dengar fitik? Sure tak pernah. Kerja macam aku je yang tahu apa itu fitik memfitik. Ok. Kerja iron alas meja, iron sarung kerusi banquet, what? jadah-jadah tu pon nak kena iron ke? erm..itulah. Benda pelik macam tu, tak jumpa dalam pekerjaan lain. Kerja macam aku je yang jumpa. Kerja apa?..ha lu pikir la sendiri. Sampai teriron tangan aku korang tahu? Ada diorang kisah? Takde bro. Entah apa-apa kan? kan? kan? Ha eww, tolong lah. Disebabkan nak iron benda-benda jadah tu, kerja-kerja aku kat pejabat tertunggak. Macam haram, apa? macam haram..

Okay, stop toking ebaut det. Mental aku dibuatnya. Aku taknak mengulas lanjut pasal semua ni. Kang tak pasal-pasal blog aku kena saman (bajet blog aku femes). So, untuk melupakan segala penat lelah tu, maka aku mengambil inisiatif untuk mereleaskan tension aku dengan berjalan-jalan. Jom jalan-jalan!



So, di pagi Sabtu yang indah nian, tepat jam 0900 kami pun bergerak ke Sunway Lagoon. Dah lama tak jumpa Ika member ak yang sorang ni. Nama je duduk kat KL, macam lah jauh sangat, itu pun payah benar nak jumpa. Sebenarnya dah lama kitorang plan nak keluar jalan-jalan sama-sama. Maklumlah, busy. Orang bekerja, ecewah! Baru sekarang kami berkesempatan nak keluar berjalan-jalan bersama. Aku pun gila lama tak pergi berjimba-jimba.

Bila dah sampai kat Sunwaay Lagoon lebih kurang jam 1100 macam tu sebab tolak masa makan setengah jam. Aku ni dah terkinja-kinja punye excited nak main game-game kat dalam tu. Pastu bergamba sana-sini (aktiviti wajib bila 'melancong'). Bestnya, bestnye! sekali sekala dapat pergi tempat macam ni terjerit-jerit sana sini macam orang gila. Sakit tekak, tapi syiook sangat-sangat.



Kat dalam tu ada taman safari (Sunway Wildlife), rumah hantu (Scream Park), haha sory Ika sayang baju kau hampir koyak kena tarik dengan aku dan Conie. Pas tu cik Conie sayang, you pijak kaki I okay. Sangat sakit, biru ibu jari kaki aku, pergh!! Sakit siot. Takut hantu bodoh tu punya pasal. Padahal hantu tu bukan buat apa kat kita. Sengal. Dah penat menjerit dalam tu macam orang gila, sampai nak semput aku dibuatnya, kami pun naik buaian (macam eye on Malaysia), Roller Coaster, Tukul (aku tak naik pun, fobia dol), macam-macam lah lagi. And yang paling seronok, kitorang mandi-manda. Main air puas-puas. And acara kemuncak kita, jalan di Jambatan Gantung, pas tu naik Flying Fox, sebelum tu berkenalan dengan mamat Negro dulu, dah habis berkenalan, cong cong Negro tu sikit, kami pun dilepaskan sorang demi sorang, yuhuu!! Sangat sangat best. Terbaeek!, Kitorang menjerit macam Sunway tu kami yang punya. Memang jakun gila lah kan. Tapi dia punya best memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. 


Lily aku dan Conie

pintu masuk rumah hantu

Sunway Wildlife

my BFF

Okay cukup, jom story pasal bajet 2012. Ehh silap., destinasi budget:



Tol : RM 2.20
Minyak Kereta : RM 20 (share 4 orang jadi sorang RM 5)
Tiket : All Parks RM 85, boleh main semua game kat dalam tu
Pelampung : RM 30 (pulang pelampung balik semula dapat RM 15)
Loker : RM 5 (kongsi 1 loker, 2 orang)
Minum : Air tebu secawan (RM5), ice blended secawan (RM 6). Minum share-share (sharing              is caring) ;)
Makan : Marrybrown (RM17) - ayam 2 ketul, colslow, kentang putar, air pepsi secawan.
* makanan dan minuman tak dibenarkan bawa masuk. So, nak taknak korang kena beli kat dalam ni, mahal nak mampus, tapi takkan korang nak kebulur tengok orang makan kan?


So,jumlah semua sekali dalam RM 122.00 sahaja.


Nak memudahkan kerja, kami collect duit sorang RM 100. RM 85 duit tiket, belen RM 15 kami buat beli air minuman, loker dan pelampung. Duit makan, keluar masing-masing. Aku punya makanan RM 17. And RM 5 pulak duit minyak kereta.


Ambik kau, sekali keluar duit sampai seratus lebih. Takpe bagi aku, sesekali berhabis duit macm ni takpe, janji puas hati. Bukan selalu, kalau selalu, kopak mak dek oii. Sunway Lagoon adalah tempat yang paling sesuai sangat untuk releas tension. Hilang and lupa sekejap segala jenis tension. Serius. Tak caye korang pergi lah.


Lagi best! o o o..!


Lupa nak ambik gamba kereta Conie. Aku google je gamba kereta dia. Kami naik kereta macm ni lah. Sebijik kau. 

No comments:

Post a Comment