Assalamualaikum
Aku rasa semua orang pernah merasa kan yang korang suka kat seseorang tapi memikirkan macam terlalu cepat untuk diluahkan rasa suka tu pada dia, maka korang pendamkan saja sampai jadi pekasam, sampai dia dikebas orang, sampai korang berputih mata. Pernah tak rasa? Aku tak pernah rasa ok..hukhuk!
Bukan saje-saje perasaan macam tu akan timbul. Mungkin ini adalah antara sebab-sebabnya. Jom, cekidaud!
Tak Setaraf
Tak setaraf ni ada banyak ketegorinya. Tak setaraf dari segi pelajaran ke, rupa ke, harta ke, agama ke, sedara mara dia ke, erk jadahnya nak setaraf dengan sedara mara pulak kan?. eh betul gak, aku baca kat dalam buku agama, nak cari calon isteri, kena cari yang subur, so nak tau dia subur ke tak, buku tu tulis, buku tu tulis tau. Kena tengok sedara mara dia ramai perempuan ke, adik beradik dia ramai ke tak. Urm, macm tulah lebih kurang yang aku baca. Okay, abaikan, takde kena mengena. Tapi part yang setaraf tak setaraf ni, kita mesti akan macam "Alaa.. dia hensem, mana lah nak pandang muka aku yang tak seberapa ni.." Tak pun, "Perh.. anak orang kaya beb! dahla hensem, kacak bergaya, pakai kereta mata belalang siap ada kening. Takkan la nak mandang perempuan pakai motor macam haku ni.." Tak pun, "Erm, tak mo aku, tak mungkin dia dengan aku, dia tu cikgu belajar tinggi menara gading, aku ni setakat menara daging jek boleh la.." dan sebagainya. Mesti akan keluar ayat-ayat macam ni kan? kan? kan? kan? Yang akan menyebabkan akhirnya korang akan macam "Ermm.. takpelah, tak mungkin kot aku dengan dia.."
Takut mencuba
Perasaan yang korang simpan dan tak terluah tu jugak mungkin boleh disebabkan oleh perasaan takut mencuba. Macam aku takut nak mencuba makanan Jepun, macam sushi ke wasabi kejadahnye entah apa ntah lagi, semacam jek aku tengok? Okey takde kena mengena. Macam tu jugak kot korang takut nak mencuba. Tak salah kan sebenarnya kalau mencuba?. Belum cuba belum tahu. Tapi yang salahnya apabila korang rasa frust menonggeng gila babi lepas dah mencuba tu. Memamglah sakit, tapi nak buat macammana, Itu adalah risiko yang perlu korang tanggung lepas dah mencuba. At least, kalau taknak cuba dirrect pun, tak salah kot bagi hints bagai nak gila. Hints tu kalau orang belah sana tak faham-faham, atau buat-buat tak faham, okay tak payah susah payah nak teruskan. Maknanya, dia memang taknak lah tu. Huaaaaa..
Taknak buang masa
Sebenarnya aku rasa ramai jugak yang rasa macm ni. Macam sesetengah orang, ok termasuk lah aku, yang berangan nak kahwin cepat tapi mak tak bagi. Aku selalu je rasa cam taknak couple. Bukan masalah couple tu haram ke ape ke. Cuma aku rasa bercouple ni buang masa. Aku taknaklah buang-buang masa nak couple-couple bagai ni. Yelah, cuba bayangkan. Aku couple tahun ni, tup-tup tak sampai setahun, aku clash. Sayang dah gila dah ni, tapi sebab dah clash, maka kecewa yang tersangat amat yang ya Rabbi tak payah cakaplah. Okay, lepas kecewa mesti rasa susah nak move on kan dan tersekatlah dalam fasa aku-tak-percaya-cinta selama err dua tahun. Mak aih, bercinta tak sampai setahun, kecewa sampai dua tahun. Betul punya kecewa + setia tu. Okay dah taknak move on dekat dua tahun, pastu baru nak mula belajar bercinta balik tahun ketiga. Masa tu semua membe dah membawa perut yang memboyot, sibuk kendong anak dua-dua belah tangan, berbahagia dengan suami dan anak-anak. Dan aku? Termenung? Baru nak menggatal bercinta konon-kononnya aku remaja? Gila ke hape. So, sebab tulah sesetengah orang, macam aku beranggapan couple ni buang masa, kot? Kalu boleh nak bercinta lepas kahwin. Mesti sweeet kan?..ermm
Jodoh ke?
Dalam setiap solat, tak salah kot kalau kita doa supaya kita dijodohkan dengan orang yang kita suka tu. Yelah korang dah gila ke nak bagitau kat lelaki yang korang suka tu macam.. "Aaron, sebenarnya I dah lama suka kat U.." tak pun.. "Kalau kau nak tau, aku dah lama suka kat kau tau, kau je yang buat-buat tak tahu.." hello, kalau dia memang tak ada apa-apa perasaan LANGSUNG pun kat korang selama ni, tak ke malu muka dibuatnye? So, inisiatifnya, hanya mampu berdoa kepada Nya, harap-harap dibuka mata, hati, mata hati, lapang dada, bagi dia nampak sikit hint-hint yang korang susah payah bagi, tapi dia tak paham-paham jugak tu kan. So, sebagai perempuan, kita kena pertahankan maruah wanita kita ni, biarlah lelaki yang start dulu kot, bila betul dia kata suka, then dalam hati melonjak kegembiraan, tuhan aje yang tahu, (haa kau ada??). korang teruskan lah. Kalau takde, lupakan jela. Cari ajelah yang lain, urm..
Jadahnya aku nak tulis bebanyak, hihihi..sebenarnya aku tengah runsing dengan perasaan sendiri, aku takut aku kecewa satu hari nanti. Dah kalau dah tetiap ari ingat kat dia, senyum berangan sensorang, canne? Tapi, itulah. Benda macam susah tapi mudah je sebenarnya. Aku cuma boleh berdoa yang dia pun ada rasa yang sama walaupun tak diluahkan. Dan kalau dah macam tu ceritanya, apa lah salahnya awak masuk je meminang saya, kita bina hidup bahagia sama-sama, insyaAllah. Hikhik. Aduuh, gatal sial aku! haha
Cinta itu hadir tanpa perlukan sebab. Ayat ni macam klise, tapi bila ia berlaku, kita takkan mampu menahannya mahupun memaksanya. Dan kalau cinta itu tiada, ia sebenarnya bukan hilang, tapi ia sebenarnya memang tak pernah ada. Mungkin yang ada selama ni, hanyalah pura-pura.
heerm,, payah jugak kalau yang aku mampu buat hanya memeluk mimpi..
No comments:
Post a Comment