Sunday, 2 October 2011

Saya suka awak. Awak tahu tak tu?

Assalamualaikum


Aku tahu bila baca tajuk je, macam tak best je nak baca. Sebab baca tajuk entry pun macam good-good je kan? Okay, lantak aku lah, suka hati aku lah nak tulis apa pun. Korang sibuk kenapa? "Nko ade?"...

Ramai orang lelaki cakap susahnya nak memahami perempuan,. sebab apa lelaki cakap macamtu? Sebab orang lelaki ni kebanyakannya selfish, bodoh, lembap, semuanyalah. Perh agak kurang ajar gila mulut aku kan? Padan muka korang lelaki sekalian yang ada. Sebab tu yang payah sangat nak faham hati seorang perempuan yang sangat halus dan sensitif ini. 

Aku nak beritahu lah kan orang perempuan ini, dia tak akan beritahu secara terang-terangan kalau dia minat or suka pada seseorang lelaki tu. Okay lelaki-lelaki, memandangkan korang ni lembab, and memandangkan aku ni baik hati, aku nak kongsi lah kat korang tanda-tanda yang seseorang perempuan tu suka kat seseorang lelaki tu.

Bila ciri-ciri yang dia nak, ada pada korang
Seperti korang sedia maklum, most of perempuan suka listkan ciri-ciri lelaki idaman, ciri-ciri suami idaman, or ciri-ciri prince charming diorang. Macam-macam ketegori ciri bagai lah kan.  Iya lah selama harini, lelaki-lelaki yang dia jumpa semua tak ada ciri- ciri yang dia nak langsung. Tapi bila dia kenal korang, tengok pulak ciri-ciri yang dia NAK tu ada pada korang. Contohnya, aku bagi contah ye. Firstly, tak merokok (*take note) ingat senang nak cari lelaki tak merokok?,perh kalau ada memang aku tak lepas, rupa pulak kira ada iras Aaron Aziz, kira macam, orang cakap tu tak segan lah nak bawak berjalan kan, kira market la jugak (tak hensem sangat, tak hodoh sangat). Tengok pulak dari segi kewangan korang yang boleh di kira agak stabil, pemikiran yang matang tak sebanding dengan umur (umur 23 pemikiran jauh melangkau ke 30) maybe?, and seorang yang tak tinggal sembahyang, kalau ahli masjid tu kira memang boleh dikatakan market gila lah kan. Okay itu adalah sebahagian dari "ciri-ciri" yang most of girls-girls yang selalu listkan. Macam tau-tau je kan? Memang lah aku tahu, dah aku ni perempuan.


Okay, bila korang adalah seorang lelaki yang ada "ciri-ciri" yang diorang nak, aku boleh jamin perempuan tu akan minat kat korang on the spot bro. Tapi iya lah, perempuan kan, of kos diorang malu nak beritahu yang dia minat kat korang. Kami ada maruah. Takkan nak jadi perigi pulak terhegeh-hegeh nak cari timba. So, apa yang diorang akan lakukan adalah diorang akan selalu perhatikan korang, sehari tak tengok korang, rasa macam hari dia tak lengkap. Walaupun dapat wish good morning atau say 'hi..' dari korang pun dah cukup bagi diorang. 

Bila dia banyak luangkan masa dengan korang
Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada seorang perempuan yang sanggup tinggalkan kerja dia yang amat penting just untuk pick up your calling?. Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau seorang perempuan yang berkerjaya (macam aku) ni angkat call korang pada tengah malam di saat dia nak melelapkan mata kerana penat bekerja seharian? Korang tahu tak tu??..


Ya Allah korang kena sedar nak-nak bila perempuan tu tengah baru je nak lelapkan mata kerana keletihan yang amat sangat, tiba-tiba ada call masuk. Rasa macam nak herdik,caci maki je siapa yang call dia tengah malam buta ni. Agak, tak reti nak tidur ke?. Tapi bila dia pick up call korang, suara jadi lembut. Korang pulak boleh buat-buat tanya, dah tidur ke?..Kepala otak kau, dah pukul 1 pagi, burung hantu je yang tak tidur time-time macam ni. Tapi dia cakap takdelah, belum tidur lagi tengah dengar lagu je..

Kalau korang lah kan,mata dah kuyu habis ni, sanggup ke korang jawab call yang korang dah tahu tak ada tujuan tu? Tapi once dia boleh jawab call korang and jawab belum nak tidur lagi (??) itu makna nya dia utamakan korang dari masa tidur dia.
Dan biasanya, kalau seorang perempuan tu suka kat korang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk luangkan masa untuk korang. Tak kiralah situasi apa sekalipun, paling tidak pun masa nak brekfast atau lunch mesti dia akan text kat korang jom makan? Itu maknanya dia ingat kat korang setiap masa. 

Bila perempuan tu perasan benda-benda yang kecil yang korang buat
Kadang-kadang perempuan bila bergayut dengan pakwe dia. Diorang bukan dengar sangat butir kata-kata yang korang sembangkan tu. Kadang-kadang gadis sensitif macam aku ni cuma nak dengar suara dia, cara dia bercakap, cara dia menerangkan sesuatu yang kita tak faham dan sebagainya. Macam aku, aku cuma suka dengar dia bebel sebenarnya. Dengar dia ketawa sensorang, then ikut sama bila dia tergelak. Comel sangat.

Then cara dia menamatkan sesuatu perbualan. Contohnya bila dia say 'byee..' di hujung talian. Dengan nada yang sangat manja. Perh cair aku mendengarnya nok.


Bila korang diam seribu bahasa, dia akan bertanya
Kalau dah setiap masa korang ingat kat dia, then text/call dia dari celik mata sampai dia nak tutup mata balik semula. Gud morning to gud nite. Korang rasa apa dia akan kata bila dalam satu hari tu tiba-tiba korang senyap, silent. Phone dia tak berbunyi pun ringtone yang dia khaskan untuk korang. Yelah, kenyataannya, lelaki memang cepat bosan. Biasalah, dah namanya pun lelaki kan? Mana boleh hidup tanpa seorang perempuan disisi (macam gampang). Semua lelaki sama je. Tak payah korang nak menafikan lagi. Lelaki kan selfish. (*jeling maut)


Of kos dia pulak yang akan call korang, then bertanya kenapa harini takde dengar pun ringtone awak?.. See? dia akan tanya punya. Bila dia bertanya macam tu, korang kena sedar yang dia suka korang call dia, dia suka korang text dia. Bila diorang suka, itu bermakna masa depan korang cerah dengan dia. Aku nak beritahu satu tips lagi ni. Seorang perempuan tak akan melayan call atau text yang sehari suntuk kalau dia tak suka dengan si pemanggil tu. So, bila dia dah bagi green light macamtu, korang pulak jangan lah jadi bodoh, sia-siakan dia. Dah korang dapat dia, dia dah feeling kat korang, korang tinggalkan dia macam tu je. Sial lah tu nama dia. Sebab sekali hati perempuan dah terluka, amat susah untuk dirawat. Remember that.

Dia akan simpan semuanya yang berkaitan tentang diri korang
Setiap SMS/MMS yang korang kirim pada dia, dia takkan buang. Dia akan save kat phone dia tu. Walau berat mana pun memory dia, dia hanya akan buang SMS kawan-kawan dia dan yang tinggal hanya SMS dari korang je. Kalau korang send gambar kat dia, seboleh-bolehnya juga dia akan save gambar korang. Walaupun muka korang tak hensem. Percaya lah. Segala-galanya tentang korang dia akan ingat even birthday korang pun dia akan save kat kalender dia. Kalau korang tak percaya korang ceklah kat phone dia.


Kalau korang perasan, sometime bila korang main massage, mesti tetiba ada terselit perkataan sayang dari dia. Betul tak?. Bagi sesetengah perempuan yang setia macam aku, dia takkan panggil seorang lelaki dengan panggilan sayang sewenang-wenangnya kalau hati dia tak suka pada lelaki tu. Dia takkan tiba-tiba 'terpanggil' sayang.(please highlight this word) Sebab bagi dia, sayang is a very expensive word!

Walaupun dia suka kat korang, segala tindak tanduk korang sedang diperhatikan
Bagi perempuan, tak ada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan. Begitu juga lelaki. Kalau boleh bila dia dah suka kat seorang lelaki, dia berharap supaya lelaki yang dia suka tu akan sayang pada dia. Dan bukan untuk dipermainkan perasaannya. 

Bila diorang dah suka pada seorang lelaki, dia akan berfikir bahawa hidup dia hanya ada si lelaki yang berjaya membuka pintu hati dia. Bagi seorang perempuan yang setia dan berfikir jauh ke depan macam aku, dia tak ada masa nak cuma berkawan kosong. Kalau boleh apabila terjalin hubungan rapat antara lelaki dan perempuan, biarlah ia berkekalan hingga ke alam perkahwinan.


Dari situ, dia akan mula perhatikan sikap dan perangai korang. Walaupun ketika korang yang nakal tu cuba nak menggatal dengan dia, then dia pun macam ada layan-layan sikit. Korang jangan silap, itu tak bermakna perempuan tu gatal macam korang si lelaki-lelaki gatal ye?. Dia sekadar ingin menguji sejauh mana korang punya tahap kegatalan tu. Kalau dengan dia yang belum ada ikatan sah pun korang menggatal, tak mustahil dengan perempuan lain pun korang menggatal jugak kan?. Kalau awal-awal korang dah tunjukkan kegatalan kemiangan korang tu, jangan harap lah masa depan korang cerah. Rejject terus kot.

Dan kesimpulannya, seseorang perempuan itu MUNGKIN sukakan korang kalau dia buat benda-benda yang aku tulis kat atas ni. Persoalannya, lama mana dia akan sukakan korang kalau korang mengada-ngada nak tunjuk ego korang yang kononnya tinggi sangat tu?..

No comments:

Post a Comment