Monday, 7 November 2011

Ada sape-sape nak berkenalan dengan saya?


Ok tetiba rajin nak update blog. And tetiba rajin nak taip entry suai kenal. Entah ape-ape, tapi lantak lah. Aku tengah rajin nak menaip ni. Karang dah malas, memang TAK lah aku nak update blog. Dah lah hari ni hari cuti, sempena raya haji. Dah lah aku tak boleh balik kampung, padahal kampung dekat ceh je. Dah tu nak buat canne, cuti dibekukan. *muka pasrah*. Aku pulak punya lah baik, hari cuti boleh bangun pukul 8? Tak patut kan? Tengok room mate aku kat sebelah ni, tengah nyenyak gila tido. Letak GPMG kat sebelah pun belum tentu sedar. Hampeh betul. Jeles aku tengok orang boleh bangun lewat-lewat ni. Saya mahu jugaak! hwuuu

Ok sudah, selingan je tu. Sebab aku boring, sume orang belum bangun sangat kan? Korang tido lah sampai lebam. Aku taip blog! 

Ok jom berkenalan dengan saya (lambaikan tangan, kecikkan mata sikit tanda excited) nama blog aku ni jejaridimple. Kenapa aku letak nama tu, macam ala-ala gedik je? Hei sukati haku la nak taruk nama apa pun. Aku kan over (n__n).  Agaknya bersempena lesung pipit aku yang comel ni kot.. (?) Pas tu sebab jari aku yang comel (comel ke, jari kelingking pun kontot~). Maka jadilah jejaridimple. Ecewah, gedik kauu! So, korang tak payah lah panggil aku 'hai jejaridimple'. Tak payah lah sampai macam tu sekali pun. Itu nama blog, nama aku sebenarnya Dibah. Kampung gila nama aku kan? Tapi dah mak aku bagi nama tu, aku bangga tau. Maksud pun sopan je. "Yang beradab", haa sebab tu lah aku ni penyopan, beradab sopan, sopan santun, sopan-sopan, ha, pokoknya penyopan lah aku nih. Kau ado? (jangan muntah tau). So, panggil jela nama aku, Dibah. Tapi entah macammana, sejak aku bekerja ni, ada yang panggil aku dib.. didi.. glamour sikit ek?..Ah lantak lah, panggil lah apa korang suka pun.

Umur aku this year 16 tahun, baru form 4. Budak lagi aku ni. Oklabai.. Perasa'an je tu, umur aku muda lagi baru 22 tahun.. Dulu Tadika kat Tadika KEMAS kat kem batu 10, Kuantan.. lepas tu sekolah rendah darjah satu kat Sek Ren Keb Pengkalan Tentera, Kem Batu 10, Kuantan Pahang.. Tak sampai setahun, abah aku kena posting KL. Aku pun sekolah kat Sek Keb Desa Tun Hussein Onn sampai lah darjah enam. Abah aku pencen, balik lah ke kampung. Sekolah menengah pulak kat Sek Men Keb Seri Jementah kat Segamat. Pas tu sambung form 6 kat Sek Men Keb Jementah. Banyak gila sekolah aku kan? Form 6 pun tak habis, sampai upper six, aku gatal masuk soja. Dah malas nak belajar kononnya. Malas kan aku? hahaha.. Sekolah punya lah banyak, maklumlah, anak askar. Beginilah, berpindah randah. (lor, anak askar rupanya!) 

Dah bapak askar, anak pun nak masuk askar jugak?. *soalan lazim* Dah kenapa? Sukati aku lah nak masuk aska pon? Darah satria mengalir di tubuh ku.. *week, nak muntah* Syok ape, sekurang-kurangnya aku dah bekerja tetap. Walaupun aku malas belajar, tapi rezeki aku kat sini. Yang belajar tinggi-tinggi tu, belum tentu diorang dapat kerja nanti. Silap-silap menganggur. (alhamdulillah aku ada gak kerja tetap). Tapi tak payah lah korang gatal nak tanya, best ke jadi askar, seronok ke dapat menembak styer, pom-pom-pom!, masuk hutan, gali kubu paras bahu, (silap-silap bukan kubu, tapi kubur aku), pas tu tak mandi dok dalam hutan, (sangat wangi tau), kena kawad kat tengah padang kawad matahari terpacak atas kepala, kirik kanan kirik.. (tak hitam ke kulit nanti?) soalan mintak kasut kawad aku hinggap kat muka. And semua-semua tu?. Heeish, aku dah tak ingat lah semua tu. Tolong jangan tanya. (buat-buat lupa). Ataupun, sape-sape yang pernah bersekolah kat sekolah aku dulu, tak payah nak ingat aku sape, sebab aku tak femous pun masa sekolah, sukan pun tak aktif, muka pun tak berapa nak cantik, so duduk diam-diam je dalam kelas.

Kerja, ok sebenarnya aku malas nak bagitahu aku kerja apa, takut korang tak percaya. Iyelah, ada ke askar perempuan? Aku tak sangka aku pernah dengar soalan ni. Nampak sangat kerja aku ni tak diminati pun. Aku je yang minat. *mata ke atas* haha.. Aku kerja dalam askar ni pun baru je 3 tahun. Baru lagi. Kalau budak baru lahir, 3 tahun tu baru nak pandai main kejar-kejar, itupun asik jatuh sebab berlari terkedek-kedek. Macamtu lah aku. Aku pangkat biasa je. Bukan pegawai. (prebet lapuk je kot~). Baru 3 tahun, tapi dah start boring  macam harem nak kerja, rasa macam nak berenti sekarang jugak. Tapi kalau aku berhenti, aku nak kerja apa? Ingat ada orang nak ambik kau kerja?? hwaa...

i'm in my uniform..

Aku ni anak sulong dari empat orang adik beradik. 3 perempuan,  sorang je lelaki. Adik beradik tak ramai pun, tapi bergaduh memang selalu, ala.. biasalah gaduh adik beradik, gaduh kan tanda sayang. Kan adik-adikku? Korang kena buli dengan aku pun, sabar jela iye? Sebab ape, sebab aku kan akak.. hihihi. So, kepada lelaki hemsem yang nak berkenalan ke, atau nak masuk minang aku (ade ke yang nak masuk), kena faham lah ye, anak sulong ni camana, kalau rase-rase tak boleh nak jadi abang ipar yang baik hati, cool and sporting kepada adik-adikku, dan mak abah aku, lupa kan jelah. Yelah, menantu sulung kan, kena lah tunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik. Sebab nanti kita nak bagi cucu pertama kat mak ngan abah kan? kan?..hehe (tiba-tiba)

Lagi apa yang perlu korang tau? Haa cukup lah tu, ada penambahan nanti, tunggu lah aku buat entry sambungan dengan entry ni lagi dua ke tiga tahun ke. Hahaha. Walaupun takde yang kesah pun. (^.^). okbai..

No comments:

Post a Comment