Assalamualaikum,
Selamat hari raya aidil adha kepada semua umat islam sedunia.
Saje je update blog bersempena hari raya haji ataupun hari raya qurban. Raya qurban ni bukan saje lembu atau kambing yang di qurbankan, tapi aku pun berkorban raya tahun ni. Kenapa? sebab tahun ni aku tak balik kampung beraya haji di kampung. Hwaaa...sedihnya. Tapi takdelah sedih sangat sebenarnya macam sedih tak balik raya puasa. Aku sedih bukan sebab apa, tapi sebab tak balik kampung. Cuti lama tu beb, dari sabtu sampai isnin. Kalau nak diikutkan, aku takkan lepaskan peluang balik kampung bila ada cuti panjang macmni. Tapi nak buat canne, malangnya, cuti raya haji tahun ni dibekukan. Tak dibenarkan cuti. So terpaksa lah berkorban di KL je. Huhu
Sebenarnya kalau aku balik pun, raya haji kat kampung aku memang tak meriah sangat. Malah memang macam bukan hari raya. Rasa macam hari hari biasa je. Takdelah meriah macam kat sesetengah tempat kat kelantan ke, kat terengganu ke, kat belah-belah pantai timur sana. Kalau nak rasa meriah pun, mungkin kalau satu satu rumah tu ada yang pergi Mekkah baru balik haji. Ha masa tu mungkin meriah, tapi bagi family tu jelah. Bagi family yang takde pergi haji, macam tulah dok rumah diam-diam, nak tunggu orang datang beraya pun, memang TAK lah. Takde orang nak datang beraya pun.
Sesungguhnya, bukan aku sorang je terpaksa berkorban, ramai lagi kawan-kawan sekerja aku yang tak bercuti. First time dalam hidup aku tengok orang melapah lembu depan mata. Walaupun bau darah lembu kat situ hanyir dan menyebabkan tekak aku kembang, rasa nak muntah. Serius. Aku kan mabuk darah. Huhu. Sape suruh duduk dekat-dekat. Padan muka. Tapi memang meriah gila acara korban kat kem aku. Ada dalam 9 ekor lembu. Banyak gila kan? Tapi aku tak sempat tengok lembu-lembu tu kena sembelih atas sebab-sebab tak dapat dielakkan. (padahal malas nak taip) Huhuhu kecewanya. Tapi takpe, nasib baik sempat tengok orang melapah.
yang pakai tracksuit tu, yang pakai tracksuit. Ustaz tu tau.
Terpikat gila aku dengar suara dia azan kat masjid.
Macam imam muda kat astro.
Sumpah. Tapi sayang, dia dah kahwin laa..huhu
(okay abaikan, takde kena mengena dengan raya korban)
Sebenarnya, banyak hikmahnya acara korban ni. Kita boleh memupuk kerjasama antara sesama umat islam. Korang tengoklah gambar2 kat atas ni. Semua orang bekerjasama melapah, mengasingkan, membungkus sampai lah mengagihkan. Semuanya bekerjasama. Macam wonderpet tu. "apa yang penting..KERJASAMA!"
Hikmah yang seterusnya, mestilah dapat makan daging lembu segar. Bukan macam daging jual kat pasar, dah dibeku berape kali punya beku dah. Hehehe. Jahat je aku.
Okbai.
No comments:
Post a Comment