Thursday, 3 November 2011

Jatuh Dalam Kerusi? Macammana Tu

Assalamualaikum

nama saya KERUSI.. peace!

Okay, aku bukan nak cerita pasal cerita "aku sebuah kerusi" macam soalan Bahasa Melayu masa darjah tiga.  Tapi aku nak cerita kisah seorang budak perempuan comel yang jatuh "dalam" kerusi.  Bunyi pelik kan? Tapi cerita ni kisah benar tau tak.

Kalau korang nak tahu "budak comel" tu adalah aku, aku, aku, aku! Huwaa...
Aku tak bersalah pun dalam hal ni tau. Aku tak buat dosa apa pun kat kau KERUSI!! Kenapa kau kejam sangat kat aku? Sampai hati memperlakukan aku sebegitu rupa. 
Korang bayangkan lah, tak macam pelik lak kan, camana bontot aku yang sebegini besar boleh terbolos kat dalam kerusi tu. Ish, cop cop. Tapi nampak sangat bontot aku kecik kan? Kalau besar mesti tak muat nak masuk dalam kerusi tu. Betul tak? Sila angguk.

Okay, the story is, aku tengah lah dengar penerangan dari cip aku (Sjn Fadly). Cewah siap mention nama. Femous lah sekejap cip aku. Samekom cip! Okay, abaikan. Tengah nak dengar dia membebel tu, aku terpandangkan sebuah kerusi. Disebabkan aku ni pemalas nak berdiri, berat punggung sangat orang kata kan. Aku pun dengan sopannya meletakkan punggung aku di sebuah kerusi. Tapi tak semena-mena tempat duduk tu boleh terbolos ke bawah! Mak aih.. Aku pun menjerit lah. Rasa macam gelap sekejap dunia ni. Nak buat apa pun dah tak boleh masa tu. Punggung aku dah pun berada kat DALAM kerusi tu. Maka tersangkut lah aku di dalam kerusi tu. Dalam keadaan agaknya yang err macam katak kot? Aku pun tak tahu apa rupa aku masa tu. Cuma cip aku sorang je yang nampak. Dia adalah saksi segala-galanya.


Yang aku bengang+terkilan tu, masa aku jatuh cip aku hanya mampu memandang aku dan tersengih macam kerang bacing! Agaknya dia tak sampai hati nak gelakkan aku dia hanya mampu melihat. Itu dah tak penting lah cip oi. Tolong lah keluarkan aku! Tarik tangan aku ni. Huwaa.. Dia tak tolong aku pun tau. Malang tak aku? Malang kan? Dia biarkan aje aku bersusah payah mengeluarkan punggung aku yang dah tersekat and melekat kat dalam kerusi tu. Perh, sedih siot. Pengalaman paling memalukan aku. Nasib baik lah masa tu tak ada orang tau. Tapi selepas aku berjaya keluar dari kerusi tu, barulah ada dua tiga orang datang kat kitorang. Mungkin nak tengok apa yang dah berlaku. And nak tolong apa yang patut (tolong gelak). Yelah aku dah terjerit kat dalam tu. Mesti lah orang datang kan. Kalau lah diorang tengok apa yang berlaku, mesti diorang gelakkan aku tak mau mau. Dah lah diorang ni gampang-gampang. Bab gelakkan orang nombor satu.


Disebabkan itu, belakang aku cedera parah. berdarah menyembur-nyembur wa cakap lu. Okay aku tipu.  Calar balar habis belakang aku. Haha, calar je pun. Macam kena seret kat atas jalan tar. Panjang pulak tu. Perh, nasib baik tak berdarah. Cuma pecah darah je. App!! Bukan pecah dara okay.


Korang nak tahu apa perasaan aku masa tu? Gembira. Haha. Tipu! Mestilah sedih+malu+geram!! Kenapa mesti aku yang jadi mangsa? Kenapa tidak orang lain? Haa dunia ni memang tak adil. Huaaaa.

Bayang kan punggung yang tergantung di tengah kerusi 
macam bola jaring kat atas ni.


- Bila di fikir-fikirkan balik, macam tak percaya aku boleh terjatuh sampai macam tu sekali. sangat memalukan dan menyayat hati woo.
- Setiap kali aku pandang kerusi tu, aku jadi benci kat kerusi tu. Mengong punya kerusi!

*p/s : Kalau nak duduk, usha and cek dulu (double cek lagi bagus) kerusi yang korang nak duduk tu stabil atau tidak. Kalau tidak nasib korang mungkin sama dengan aku. Peringatan untuk diri aku sendiri jugak. Huwaaa...

No comments:

Post a Comment