Sunday, 13 November 2011

Tips sayangi diri

Assa e' koom...

Eh!! tak baik bagi salam cantu. Assalamualaikum... ha begitu.

Entry aku untuk kali ni aku nak sembang pasal tips sayangi diri. Macam korang sayangkan handphone korang, sampai Pak Mail Lambong nak pinjam sat pun, muka dah masam piang. Walaupun enset korang tu 3310sen je kot. Macam korang sayangkan motor atau kereta korang sampaikan setiap hari mahu kilat, takmau ada habuk sikit pun. And macam korang sayangkan pakwe or makwe korang yang korang sanggup berabis duit nak beli hadiah mahal-mahal just for your love one. *eyew*. Tak termasuk aku okay.

Tapi kita kena ingat, kenalah sayangi diri sendiri juga bak kata pepatah :

Sayangi diri, kamu akan disayangi orang

Okay, jom kita tengok tipsnya:

1. Make sure kuku sentiasa bersih

Potong kuku. Bukan susah sangat pun potong kuku bagi sentiasa pendek dan bersih. Kalau taknak manicure (cantikkan kuku jari) atau padicure (cantikkan kuku kaki) sekalipun, potong pun dah memadai. Pas tu buanglah yang hitam-hitam kat celah-celah kuku tu. Sorry to say lah, mungkin ada lah sesetengah lelaki yang mungkin kerja kat bengkel ke whatever, ada yang tak ambil serius tentang kebersihan kuku. Hei, siapa ajar korang yang selalu belek kuku bagi jadi cantik itu nak jadi macam perempuan? Lelaki pun kena jaga kebersihan kuku kot? Ee geram betul.



Lepas tu ada satu kes lagi, aku perhatikan ada sesetengah orang tak kira lah lelaki ke perempuan ke, suka sangat bela kuku. Ingat cantek? Pas tu kebanyakan lelaki suka bela kuku kat jari kelingking. Yang perempuan pulak suka bela kuku tangan sebelah kiri je. Sebab apa, sebab nanti nak makan tangan kanan, pandai pulak kau. Ada pulak tu yang bela dua-dua belah tangan, pas tu nak makan sibuk cari sudu. Awak tu melayu, nak jadi omputih, memang nak kena lempang lah kan. Yang laki pulak, jari kelingking je, nak buat apa tu? Nak korek taik hidung kau? Eeyek!! Geli dow aku tengok orang kuku panjang-panjang ni. Pandang pun tak selera. Tolonglah. Kalau aku nak cari calon pun, tengok kuku kotor+panjang, sah aku reject awal-awal, sebab dah komfom kau pengotor. So, jaga lah kebersihan kuku anda ye.

2. Kasi korek you punye telinga

Kalau korang hang out dengan member-member, atau pergi dating dengan pakwe or makwe, pegi makan mcD, tetiba time nak makan burger tu, tengok-tengok ada segumpal emas yang amat korang kenal, di dalam lubang telinga member or pakwe/makwe tu. Apa perasaan korang? Apa feel nak makan korang? Boleh explain? Takkan korang nak bagitahu kat dia, "weh..ko tak korek telinga ke? Ada taik telinga dow..ee.." tak pun "Abang, abang korek telinga tak, nak keluar rumah tadi?..lawa taik telinga.." erk?? mampu ke korang nak cakap? Tak macam kejam sangat pulak kan. Mengaibkan kan?


So, macam tu lah kalau korang yang tak korek telinga. Walaupun korang bertudung sekalipun, telinga tu apa lah salahnya bersihkan pakai cotton bath letak minyak gohnson sikit. Takde lah berkarah je orang tengok. Geli dow. So, kalau korang rasa tak nak muka korang merah padam ditegur sebab taik telinga, sila bersihkan telinga anda.

3. Kasi trim segala bulu yang ada

Okay, macam lucah. Tapi ini lah yang patut kita lakukan. Bulu ada macam-macam jenis bulu kat tubuh kita ni. Bulu roma, bulu hidung, bulu ketiak, bulu kening, and bulu tuut-tuut. Yang aku nak cerita sekarang ni, bukan nak suruh korang trim bulu kening, tak baik, haraam. Ingat tu, haram! Haram!..no no no~

Tetapi nak habaq mai kat hampa semua, trim bebulu hok lain tu. Contoh yang pertama, bulu hidung. Kalau korang bercakap dengan seseorang, tengok-tengok bulu hidung dia ada yang terjulur keluar. Ee yeek! macam geli jek? Come on lah, benda nampak macam simple, tapi itu yang kita nak jaga. Apa salahnya masa korang dok make up kat depan cermin tu, belek lah lubang hidung sama, kalau dah terkeluar tu, pandai-pandailah korang guna cara apa sekalipun untuk menyahkan bulu tu dari pandangan mata.



Lepas tu bulu ketiak. Aku ada dengar, kalau lelaki yang berbulu ketiak panjang dan lebat, nampak seksi. Ee, tolong lah seksi kejadahnya, dah macam hutan rimba aku tengok. Patutlah bau ketiak! Setan dok bergayut, main tali skeeping gaknya kat dalam tu. Mana korang nampak. *emosi* Yang perempuan pun, kadang-kadang ada yang jenis seksi sikit tu, pakai baju takde lengan, komfom lah nampak ketiak korang kan, so dah nak tayang ketiak, jangan lah kau bela hutan rimba tu nak bagi orang tengok. Adoi. Lagi satu tips, aku nak bagi, Jangan cukur bulu ketiak, tapi cabut. Okay, cabut. Cabut. Tengah dok saje tu, cabut lah bulu ketiak tu. Sebab apabila korang cukur, ia akan menghitamkan ketiak, dan menyuburkan lagi tumbesaran bulu-bulu tersebut. Maka makin lebat lah bulu di situ. Bulu ketiak ni penting nak kena jaga, sebab kalau tak cabut, maka peluh yang terkumpul disitu akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Iaitu  bau ketiak! And lastly, bulu tuut-tuut, tak payah lah aku cerita. Korang pandai-pandailah. Takkan nak ajar kot. Tapi jangan cabut pulak, takut korang menjerit-jerit dalam bilik air tu. Hihihi.

4. Jaga penampilan diri

Sebelum keluar rumah, make sure korang iron dulu baju yang korang nak pakai. Jangan jadi macam budak Tadika okay. Bukan nak bangga lah, aku ni, even nak pergi joging pun, iron traksuit dengan t-shirt tau. Selagi tak iron, jangan harap nak keluar. Kalau baju kedut-kedut seribu, nampak sangat baru keluar dari bakul, malas nak lipat. Kat situ nampak sangat yang korang ni pemalas. So takkan korang pergi dating nak pakai baju kedut kedut kot. Anggaplah macam korang nak pergi temuduga kerja. Iyelah, mesti awek/pakwe korang akan tengok perangai korang. Kalau dari perkenalan dah tahu yang korang pemalas, agak-agak harapan korang besar tak nak jadi suami/isteri? Takkan nak cari laki/bini pemalas kan.


5. Jaga adab


Okay, janganlah kita hanya menjaga kecantikan luaran, kerana kecantikan luaran tidak menjanjikan kecantikan dalaman. Tetapi kecantikan dalaman juga jika tidak diserlahkan dengan kecantikan luaran tidak guna juga. Apa yang aku mengarut ni? Dush!!


Aiyyak, okay dah habis cerita pasal jaga kebersihan diri, kita sembang pasal kecantikan dalaman atau rohani pulak. Kalau korang cantik sekalipun, tapi kalau perangai macam haram jadah, tak guna jugak kan. Tak kisahlah lelaki ke perempuan. Semua orang kena jaga adab sopan diri. Buat perangai elok-elok. Orang pun suka kan. Macammana nak jaga kecantikan rohani? Kenalah sentiasa ingat kepada Allah. Jangan sesekali lupa kepadaNya, sebab jika kita sentiasa ingat kepadaNya nescaya kita tidak akan melakukan perkara-perkara terlarang yang akan memakan diri sendiri kelak. Insya Allah. *tetiba Dibah jadi ustazah*. 


Okay sampai disini sahaja entry aku kali ni. Aku nak cakap lebih-lebih karang, takut terkena diri sendiri pulak. So, apa yang aku taip kali ini cuma cadangan dari aku dan peringatan untuk diri aku sendiri jugak. 
So, sayangi diri anda, kamu akan disayangi orang dan juga di kasihi Allah. Insya Allah (^.^).

No comments:

Post a Comment