Assalamualaikum
Selamat hari 11 hari bulan 11 tahun 2011. Tarikh yang amat cantik bagi aku. Sape yang dapat baby hari ini mesti happy gila. Apa tidaknya, ramai gila yang dah booking tarikh ni untuk bersalin. Sampai sanggup paksa bersalin opret. Semata-mata nak lahirkan anak pada tarikh ni. Itu okay lah lagi ada tu yang nak beranak ikut masa jam 11.11 minit. Hai, macam-macam perangai manusia ni kan? Huhuhu
Herm, itu tak menjadi soal pun sebenarnya pada aku. Aku nak beranak tarikh ni, memang TAK lah kan. Mengandung pun tidak. Mana gaya nak beranaknya? Aku bersalin tahun depan kot, aku pilih tarikh 12.12.12. Huhuhu boleh pulak kan.
Apa aku mengarut meraban mencarut ni? Hahaha..sebenarnya saje je tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tak tau kenapa, idea kering la pulak. Apa-apa pun tahniah kepada ibu bapa yang baru dapat baby baru pada hari ini, mesti cute kan baby baru, huhuhu...Suka sangat ada baby. Sangat!
Aku sebenarnya, tak tahu apa yang dah jadi pada aku akhir-akhir ni. Kalau dulu, aku tak tahu kenapa yang orang perempuan suka sangat dengan budak-budak kecik. Apedie dia ni kan, asal nampak baby je, kata "alaa..cutenye baby,,ala kuci-kuci..." tak pun, "alaa,bucuk-bucuk.." "alaa..tomey-tomey..." eyeww!! tolong lah. What der. Kalau baby tu boleh bercakap, mesti baby tu cakap, "pahal dia ni..?" hahaha.
Tapi sekarang ni, bila aku tengok baby je, aku jadi sangat sayang kat baby tu. Aku suka sangat tengok budak kecik. Nak nak yang putih-putih, gebu, mata bulat, pipi tembam. Pergh, cium je bau bedak baby kan, pass tu bau losyen dia, bau minyak telon tak pun bau minyak Yu Yi. Bila peluk tu, rasa tak nak lepas. Nak peluk kuat-kuat. Kalau boleh rasa macam nak mintak je baby tu kat mama dia, nak bela, nak bawak tidur. Huhuhu. Suka sangat! *excited gila*
Aku pun tak sedar bila perasaan macam tu boleh ada kat dalam diri aku. Agaknya itulah dipanggil naluri keibuan. Kot?..huhuhu Tiba-tiba rasa nak ada baby sendiri kan. (n__n)
Macam mana agaknya rasa melahirkan baby ek? Orang cakap sakit sikit je, ada yang cakap sakit rasa macam sakit perut nak berak, ada pulak lagi yang cakap sakit macam nak mati. Ee, takut lah pulak aku nak beranak. Pas tu nanti nak susukan baby, erm mesti cute kan aku susukan baby.. "alala.. anak mama.." *hihihi*
So, no wonder lah orang cakap, aku ni dah layak kahwin kan. hihihi *gatal dow*..Okay abaikan, tetiba terfikir, ingat senang ke kahwin? pas tu ada suami, anak, pas tu nak bela anak tu nanti. Kalau diri sendiri pun tak terbela, macammana aku nak bela anak nanti? Nak beli susu dia, nak beli pampers, pakaian dia, makan minum dia terjaga ke nanti, boleh ke aku didik anak aku jadi anak-anak yang soleh dan solehah supaya nanti aku mati ada anak yang sedekahkan al-fatihah untuk aku, boleh ke aku didik anak-anak aku jadi anak yang berguna.. Urm..Tiba-tiba rasa takut fikir pasal semua tu. Ish!
Ok sharap Dibah.. wake up! wake up!..Berangan je ea. Oklah, setakat tu je aku boleh taip untuk entry aku kali ni. Okbai tak nak melalut lebih-lebih. Daa, assalamualaikum. (^.^) Excuse me, tumpang lalu.....
No comments:
Post a Comment